Jakarta: Seorang lelaki berusia 47 tahun, M Irsyad dari Dusun III Desa Punggulan, Asahan, Sumatera Utara cedera parah selepas disiram asid pada wajahnya.
CNN Indonesia melaporkan, kejadian berlaku, didakwa dirancang isterinya yang rasa sakit hati apabila suaminya kahwin lain. Ketua Polis Daerah Asahan, Putu Yudha Prawira berkata, bukan sahaja si isteri, polis turut menahan dua lagi suspek untuk membantu siasatan. Kejadian berlaku pada 29 Disember lalu ketika anak mangsa, Fani Adityasadli, 23, melaporkan kejadian kepada polis.
Pada awalnya Fani diberitahu bahawa bapanya itu cedera akibat dipukul. Ketika berada di lokasi, Fani mendapati bapanya mengalami luka bakar di bahagian muka. Anak mangsa kemudiannya membawa bapanya itu ke Hospital Kisaran untuk rawatan lanjut. Menurut Putu, semalam, mangsa dan si isteri disoal siasat di Air Joman dan wanita itu mengakui melakukan perbuatan itu terhadap suaminya. “Dia merancang perkara itu bersama seorang wanita dan seorang lelaki dengan upah 3 juta rupiah,” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
tikusmontok replied at 4-1-2022 07:11 PM
Nasib baik jusa c minus laki ndon babu tak kena simbah
naina: @Friska lega madunya lumpuh Se ...
Meiizu replied at 4-1-2022 09:02 PM
Gini baru betul...ini tidak...asal laki kena rampas ko pegi ganyang si betina.walhal laki ko tu yg g ...
ADVERTISEMENT