CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Matahari Buatan China Membakar Lima Kali Lebih Panas Daripada Matahari Sebenar

4-1-2022 06:01 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1854| Komen: 9|Original author: Agent13k

"Matahari buatan" China berjalan selama 20 minit pada suhu 70 juta darjah celcius dalam eksperimen terbarunya, lima kali lebih panas daripada matahari sebenar. Para saintis berharap mesin ini dapat membantu memanfaatkan kekuatan peleburan nuklear, yang akan membawa manusia selangkah lebih dekat untuk mewujudkan "tenaga bersih tanpa had" dengan meniru reaksi yang secara semula jadi berlaku di dalam matahari.


kredit foto: Techworm

Para penyelidik sibuk menjalankan ujian di Experiential Advanced Superconducting Tokamak (EAST), sebuah kemudahan reaktor peleburan nuklear, untuk menjadikan sistem pemanasan tambahannya lebih "panas" dan "tahan lama". Direka dan dikembangkan oleh EAST telah digunakan sejak tahun 2006 oleh para saintis dari seluruh dunia untuk melakukan eksperimen yang berkaitan dengan pelakuran.


kredit foto: Futurism

Menurut South China Morning Post. penyelidik berjaya menjalankan "matahari buatan" pada suhu 70 juta darjah selama 1,056 saat, atau 17 minit 6 saat. Lebih daripada 10,000 penyelidik saintifik Cina dan asing telah bekerjasama untuk menghidupkan "matahari buatan". Eksperimen terbaru, yang bermula pada awal Disember, akan berlangsung sehingga bulan Jun.

Kredit foto: IndiaToday.

EAST memanfaatkan suhu yang sangat tinggi untuk memanaskan isotop hidrogen ke dalam plasma, menyatukannya dan melepaskan tenaga. China telah membelanjakan sekitar £701 juta (RM394,7770926) untuk projek tersebut. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-1-2022 06:17 PM
Ye la tu....pi cekuh matahari sebeno pun x pernah...pi la tempuh matahari tu kalau nk compare
Quote bloodyamuk 4-1-2022 11:55 PM
komunis dan playing god berpisah tiada
Quote BartholomewKuma 5-1-2022 12:19 AM
noor2 replied at 4-1-2022 06:17 PM
Ye la tu....pi cekuh matahari sebeno pun x pernah...pi la tempuh matahari tu kalau nk compare

Haha aku tak jumpak lagi orang la dok pakai kata "cekuh" ni. Pupus dah aih. Hang dok pakai lagi bahasa bahasa lagu ni aku jadi teringat masa dulu dulu. Tapi kami kot penang cakap cekuih.
Quote noor2 5-1-2022 03:28 AM
BartholomewKuma replied at 5-1-2022 12:19 AM
Haha aku tak jumpak lagi orang la dok pakai kata "cekuh" ni. Pupus dah aih. Hang dok pakai lagi ba ...

Hehe...hanya perak pior je yg faham perkataan cekuh ni....tapi x sangka orang penang pun pakai na...maknanya sama dak cekuh tu...perak sebut cekuh = sentuh...


Hihi...
Quote BartholomewKuma 5-1-2022 06:02 AM
noor2 replied at 5-1-2022 03:28 AM
Hehe...hanya perak pior je yg faham perkataan cekuh ni....tapi x sangka orang penang pun pakai na. ...


Ha la, sama la cik kak oi. Cekuih tu sentuh la kami kot ni pon.
"Yang hang dok pi cekuih dia buat pa? Kan dah kena balun. Awat dok pi cari pasai?" Ha lagu ni la contohnya.

Atau.. " hang pi cekuih sikit sat dia menyala la, suis tu rosak dah. Kena cekuih sikit baru dia ok"
Quote noor2 5-1-2022 06:11 AM
Edited by noor2 at 5-1-2022 06:12 AM
BartholomewKuma replied at 5-1-2022 06:02 AM
Ha la, sama la cik kak oi. Cekuih tu sentuh la kami kot ni pon.
"Yang hang dok pi cekuih dia buat ...


Hehe....betui tu ..sama...

Cth ayat lain..".jgn nak.cekuh2 lauk tu dgn tangan...guna sudu...tampo kang"
Quote BartholomewKuma 5-1-2022 07:00 AM
noor2 replied at 5-1-2022 06:11 AM
Hehe....betui tu ..sama...

Cth ayat lain..".jgn nak.cekuh2 lauk tu dgn tangan...guna sudu... ...


Haha ni pun betui ni. Toksah dok cekuih lauk tu. Tangan tak basuh apa tak basuh dok pi cekuih lauk tu buat pa.
Quote Dovahkiin 5-1-2022 08:09 AM
Fikir positif. Nuclear fusion adalah sumber tenaga paling cekap dan efisyen. Kita nak harness matahari secara direct, teknologi kita belum sampai tahap tu. This is as close as we can get to harnessing the sun.
Quote underground 5-1-2022 08:13 AM
teknologi ni generasi Stark je yg berjaya buat..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.322500 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top