CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Macam Akok Berkedut- Jalan Di Kelantan Ada Kolam, Berlubang, Pecah

4-1-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1498| Komen: 9

Jalan bertar berlubang, pecah dan bertakung air, tak ubah seperti kolam.

Itulah rupa bentuk jalan raya di Kelantan yang banyak pecah-pecah dan tampalan yang tidak rata, malah permukaan jalan akan jadi lebih teruk jika hujan lebat berterusan dalam tempoh yang agak lama.


Tidak dinafikan, pihak berkuasa segera menampal jalan yang rosak dan berlopak. Namun, akibat tidak diturap dengan sempurna, permukaan jalan terbabit menjadi tidak rata dan bertompok-tompok sehingga mirip pula makanan tradisi iaitu ‘akok berkedut’.

Malah difahamkan, ada antara jalan terbabit kembali rosak hanya selepas beberapa ming­gu permukaan yang berlubang ditampal atau seluruh kawasan itu diturap baharu.

Foto: Utusan Online


Ketika tinjauan Utusan Malaysia sepanjang minggu ini, antara jalan utama yang perlu diberi perhatian serius ialah Jalan Raja Perempuan Zainab II terutama di sekitar simpang tiga menghala ke Demit, Jalan Kubang Kerian – Pasir Hor dan Jalan Pasir Tumboh – Ketereh.

Turut rosak teruk biarpun sudah berkali-kali ditampal atau diturap baharu ialah di sepanjang Jalan Maulana Khurasan iaitu laluan utama ke pusat beli belah Aeon Mall Kota Bharu serta Terminal Bas Lembah Sireh.

Seorang petugas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang enggan dikenali berkata, Jalan Raja Pe­rempuan Zainab II perlu diberi perhatian sewajarnya kerana me­rupakan laluan utama ke HUSM.

“Perkara ini sudah lama saya perhatikan. Setiap kali hujan le­bat atau musim bah, jalan ini terutama sekitar persimpangan lampu isyarat dari Demit menuju ke HUSM selalu rosak, berlubang-lubang dan penuh kolam.

“Tidak dinafikan pihak ber­kuasa tempatan (PBT) cepat-cepat menampal jalan berlubang tersebut. Namun kerja mereka ibarat ‘melepaskan batuk di tang­ga’ kerana tidak sampai se­minggu, jalan rosak lagi.

“Lama-kelamaan jalan dah macam akok berkedut. Setiap kali melaluinya dengan laju, ambulans sampai terlompat-lompat. Akibatnya, pesakit yang kita bawa makin sakit, petugas yang tidak sakit pun boleh jatuh sakit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, peniaga, Mohd. Faizul Rohban Ahmad, 37, berkata, fenomena jalan ‘berkolam’ dan ‘akok berkedut’ biasanya berlaku di kebanyakan lokasi tum­puan ramai termasuk berham­piran kedainya yang terletak di bulatan Pasir Pekan, Tumpat.

“Saya beri contoh Jalan Pasir Pekan – Kota Kubang Labu, setiap tahun bertakung dengan air setiap kali hujan lebat tanpa ada usaha untuk mengatasinya sedangkan ini jalan utama menghubungkan Kota Bharu dengan Tumpat.

“Jalan masuk ke Aeon Mall pula saya tengok tidak pernah cantik, ada sahaja lubang walaupun sebelah kediaman rasmi Menteri Besar. Kalau naik kereta kecil macam Perodua Viva, boleh bergegar otak,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-1-2022 12:01 PM
Belah Lembah Kelang pun masih banyak jalan yang lebih kurang tu rupanya.  Harap mereka yang buat jalan ni dengar apa yang diperkatakan oleh seorang President sebuah negara di Afrika mengenainya.
Quote princess_kunang 4-1-2022 12:08 PM
kalau jalan utama tu bukan PBT yg tampal..tapi JKR..PBT tampal jalan dlm taman jerr
Quote bulan_gerhana 4-1-2022 12:18 PM
Tggu pilihan Raya je la kalau nak jalan cantik.
Quote Shazid 4-1-2022 01:02 PM
Jalan kt KL puan sama...bertampal dan x rata sana sini...jln kg aku lg cantik..
Quote Simunggu 4-1-2022 02:04 PM
sabah mcm biasa ni...apa yg ganjil..teruk dari ini pun biasa
Quote kakikuDibibirmu 4-1-2022 02:06 PM
Kuih akok memang mahal sangat lah, tak berbaloi beli
Quote ultra78 4-1-2022 02:13 PM
Tunggu wakil rakyat mampus, nanti ada pilihanraya..
Quote damsel_fiji 4-1-2022 02:16 PM
Selangor pun sama dekk..jalan berlubang mcm kawah bulan..line jalan pun kemut nk buat..yihhh
Quote pekanwoohoo 4-1-2022 02:18 PM
Huk aloh. Syukur lah ada jugak dekat Kelate tu jalan berturap walaupun berlubang-lubang. Ada dekat negara lain tu jalan masih tanah merah, berlumpur kalau lalu. Hidup Isle. Membangun bersama PAS. Takbiiiiirrrrr!!!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.067672 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top