CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamil Anak Kedua, Eyra Hazali Rasa Nak Melompat Sebab Teruja Sangat

4-1-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1962| Komen: 11

Eyra Hazali mengumumkan dirinya hamil anak kedua dengan usia lima bulan.

Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu menggunakan kaedah yang sama untuk berkongsi khabar gembira itu kepada suami dan anak sulungnya dengan menyerahkan hadiah berbentuk kit ujian kehamilan.


Foto: IG

"Awak serius ke sayang? Atau ini adalah ujian kehamilan yang lama dulu?," kata Haziq menerusi hantaran video yang dimuat naik Eyra di Instagram.

Menerusi rakaman video itu, Eyra berkata kit ujian kehamilan itu adalah yang baru. 

"Saya baru menggunakan ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu. Saya ada membuat satu lagi ujian kehamilan di bawah," katanya.




Pasangan itu kemudian berpelukan dan tidak dapat menahan air mata kegembiraan.

Berita gembira itu kemudian dikongsi dengan ahli keluarga melalui panggilan video.





Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 4-1-2022 12:08 PM
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu menggunakan kaedah yang sama untuk berkongsi khabar gembira itu kepada suami dan anak sulungnya dengan menyerahkan hadiah berbentuk kit ujian kehamilan.
Quote friedfishsoup 4-1-2022 01:11 PM
CARI-MRO replied at 4-1-2022 12:08 PM
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu menggunakan kaedah yan ...

Ok noted
Quote margo20 4-1-2022 01:17 PM
Anak no 2 pun nk tunjuk pengukur air kencing lg
Quote bluebutter 4-1-2022 02:35 PM
Why eyra ni nampak selekeh dah...

Why la.
Quote awenda507 4-1-2022 03:58 PM
tahniahhhhhhh
Quote umbut 4-1-2022 04:40 PM
Nama naik forum balik2 citer beranak
Quote EvieWanKenobi 4-1-2022 05:37 PM
Edited by EvieWanKenobi at 4-1-2022 05:38 PM

pelik betul tengok kit tu dipegang2..
tak berbau ke?
Quote Shazid 5-1-2022 08:17 AM
Tahniah
Quote slyfynx 5-1-2022 08:32 AM
BODOH.
Mende2 cmni rakam untuk ape?
Buktikan ko bahagia?
Quote mizruncing 5-1-2022 11:22 AM
patut nampak bby bump ari tu. tp tu laa makin selekeh tgk dia ni lepas kawen
Quote dudaberhias 5-1-2022 11:28 AM
tahniah...
engko ni dikkk kalau gosip je mesti pasal buat anak...

eeee bosan nyah... dah takde ke gossip hangat meletup tahap teh kiub kucate tumpah...

tapi takpe kaka maafkan sebab laki bini herlokkk...
asalkan herlokk takde la rasa nak marah sangat...

tapi kalau buruk dan rhoper shuk, shera dan tauke jambu yang berangan nak kahwin 2 tu... memang akan di cerca sampai 10 pages... komen kecaman dari akaun kaka sorang saja min adalah 5 post...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.214929 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top