sumber foto : http://www.sinarharian.com.my/ Mulai esok, mereka yang membuang sampah sesuka hati di bandar raya Johor Baharu perlu lebih berhati-hati indvidu yang bercermin mata hitam di sekeliling kawasan mereka berada. Ini kerana individu sedemikan kemungkinan besar merupakan anggota Unit Pencegahan Kekotoran (UPK) Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) yang diberi kuasa mengesan pembuang sampah menerusi cemin mata pengintip 'spy sunglass camera' yang dipakai mereka. Memetik daripada laporan Bernama, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Mohamed Dewam beritahu bahawa peranti itu yang berdefinisi tinggi mampu merakam visual dan audio selama lapan jam dan seramai enam orang anggota UPK akan berpakaian biasa dan memakai alat itu semasa melakukan penyamaran. "Pesalah akan dikenakan kompaun dengan kadar RM20 bagi pelajar, RM50 bagi orang dewasa dan pelancong."
Sebelum mereka diminta menjelaskan kompaun, orang awam yang tertangkap membuang sampah akan dibawa ke kaunter bergerak bagi melihat kembali video kesalahan yang telah dirakam oleh pihah UPK 'Zon Penguatkuasa Anti-Litter' termasuk kawasan siar kaki City Square, JB Bazar, Bazar Karat, JB Sentral dan Larkin Central akan menjadi sasaran utama pemantauan. Surat pemberitahuan pelaksanaan program antisampah turut akan diedarkan di pejabat kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat beli-belah dan premis gedung perniagaan. - CARI Infonet |
8
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT