CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nana Tak Patut..." - Sam & Aida G. Mohon Pindah Kes Saman Nana Ke Mahkamah Tinggi

3-1-2022 05:07 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10968| Komen: 48|Original author: LilRose

Sam Musyadzafar (Sam Samin), 43, dan Razidah Ahmad (Aida G.), 42, memohon supaya kes saman fitnah Siti Nordiana atau Nana dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Kredit foto: IG/XTRA

Menurut Gempak, peguam defendan keempat dan kelima itu, Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors berkata, kes berkenaan perlu dipindahkan kerana jumlah tuntutan RM2.5 juta yang dibuat Nana.

Katanya, jumlah tuntutan melebihi RM1 juta harus dibicarakan di mahkamah yang betul.

“Kes ini tidak sepatutnya difailkan Siti Nordiana di Mahkamah Sesyen kerana jumlah pampasan yang cuba dituntut adalah sebanyak RM2.5 juta iaitu melebihi jumlah bidang kuasa mahkamah,” katanya.


Walaupun permohonan kedua-dua defendan itu dibantah Nana di Mahkamah Sesyen, namun Mahkamah Tinggi membenarkannya.


Kredit foto: IG

Justeru, mahkamah mengarahkan semua perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan menetapkan pendengaran permohonan dilakukan hari ini menerusi aplikasi Zoom.

Tahun baru, apa pengakhiran kes saman Nana terhadap lima sekawan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 3-1-2022 05:14 PM
Boleh terang kan apa beza bicara di mahkamah Seksyen dgn tinggi? Ke ini alasan nak delay bicara?
Quote missmeornot 3-1-2022 05:22 PM
bedahmenjuyah replied at 3-1-2022 05:14 PM
Boleh terang kan apa beza bicara di mahkamah Seksyen dgn tinggi? Ke ini alasan nak delay bicara?

Mahkamah ni beza dari segi bidang kuasa. untuk kes sivil hakim mahkamah sesyen boleh dengar kes yg tuntutan sampai 1 juta je kalau lebih kena p mahkamah tinggi. mahkamah majistret pulak dgr kes max 1 juta je x bole lebih.
Quote fezy 3-1-2022 05:32 PM
Hari tu bukan dah ada soal bicara ke. Kenapa awal2 lagi x ckp salah mahkamah, amt ikut total n bukan ikut amt dituntut dr setiap seorang
Quote Lula2 3-1-2022 05:37 PM
Risau pulak aku dengan lawyer Nana ni.
Quote Orix 3-1-2022 06:06 PM
Edited by Orix at 3-1-2022 06:08 PM

iols dari dulu mmg side yg berlima tu compare to Nana... mmg salah yg berlima tu mengumpat or bercerita psal nana in public, tp iols seakan yaqinnnnn apa yg diorg cerita tu beneren bukan fitnah.... since ini pun lebih kpd saman fitnah bukan saman yg menyebabkan reputasi nana jatuh ka hapa, iols rs Nana susah nk menang if yg ber-5 tu bawa semua saksi yg deyols ckapkan tu.... zoey pun katanya sudi jadi saksi khuensttt
Quote makadek 3-1-2022 06:14 PM
Mcm bunuh orang dh sampey ke hi kot
Quote slyfynx 3-1-2022 06:58 PM
Orix replied at 3-1-2022 06:06 PM
iols dari dulu mmg side yg berlima tu compare to Nana... mmg salah yg berlima tu mengumpat or bercer ...

Mende ni boleh dikira defamation sbb gatai buat live.
Mende kalau korang takat mengumpat sesama korang xde sape pun kisah aih.
Terasa hati je sikit2.
Ni defamation, menjatuhkan air muka orang
Quote Orix 3-1-2022 07:05 PM
slyfynx replied at 3-1-2022 06:58 PM
Mende ni boleh dikira defamation sbb gatai buat live.
Mende kalau korang takat mengumpat sesama ko ...

as we all know, tiada undang2 utk saman malu....
Quote slyfynx 3-1-2022 07:33 PM
Orix replied at 3-1-2022 07:05 PM
as we all know, tiada undang2 utk saman malu....

Rasenye ade defamation act 1957.
Tp untuk civil.
Maybe tu reason deme nk tukar mahkamah.
Ntah.
Im not good in this matter.


Quote bedahmenjuyah 3-1-2022 08:22 PM
missmeornot replied at 3-1-2022 05:22 PM
Mahkamah ni beza dari segi bidang kuasa. untuk kes sivil hakim mahkamah sesyen boleh dengar kes yg ...

Tq chuols. Jelas sejelas2nya tp kenapa skrg. Sblm ni kan dah bicara. Saje la tu geng 5 sekawan ni.
Quote a5h91 3-1-2022 09:38 PM
missmeornot replied at 3-1-2022 05:22 PM
Mahkamah ni beza dari segi bidang kuasa. untuk kes sivil hakim mahkamah sesyen boleh dengar kes yg ...

Sorry i noob psl law.. Y dulu lawyer nana sendiri yg tak bwk kes ni kt mahkamah tinggi sebelum dibicara? Bila dh bwk kt mhkamah tinggi, proses strt dri awl kn..
Quote missmeornot 3-1-2022 11:40 PM
bedahmenjuyah replied at 3-1-2022 08:22 PM
Tq chuols. Jelas sejelas2nya tp kenapa skrg. Sblm ni kan dah bicara. Saje la tu geng 5 sekawan ni. ...

Itu la. Tp salah jgk pada pihak mahkamah kenapa x transfer kan kes bila nmpk amaun saman tu. Nampak sgt pihak mahkamah pun x check.
Quote cikbudu 3-1-2022 11:43 PM
Kenapa nana bantah bila nk bawa ke mahkamah tinggi chuols??
Quote missmeornot 3-1-2022 11:48 PM
a5h91 replied at 3-1-2022 09:38 PM
Sorry i noob psl law.. Y dulu lawyer nana sendiri yg tak bwk kes ni kt mahkamah tinggi sebelum dib ...

Lawyer maybe dia failkan kes based on jumlah saman setiap org. Sepatutnya dia kena totalkan jumlah saman tu sbb saman ni bawah nom kes yg sama. Byk je lawyer yg failkan kes pd mahkamah yg salah. Benda ni x pelik pun. Sepatutnya mahkamah pun kena check betul tak jum tuntutan tu tp xtau la knp deols x check. So mahkamah pun ada salah jugak sbb terima kes n x check betul2.
Tp kes ni pun br 2 kali bicara kan so terpulang la pd hakim mah tinggi nk dengar semula or minta minit dr hakim sesyen tu.
Quote cheezel 4-1-2022 08:14 AM
Lawyer nana ni function ke x? Lawyer 5joyah tu mcm lg ok
Quote MarissaOberlin 4-1-2022 12:44 PM
membawang dalam group wassap udah ler.
gatei jubo membawang kat IGlive dah kenapa
Quote dewi_rina 4-1-2022 01:11 PM
Masa semi final muzik muzik, ada Nana lepastu ada si Lan sekali, Lan ada jumpa Nana tak? Ke buat muka bodoh je
Quote anggeriklatifah 4-1-2022 01:13 PM
Lawyer siti nana tak kan tak thu yg kes tuntutan lebih 1 juta memg mahkamah tinggi..basic law yg semua lawyer kena thu..cam general knowledge..aku yg accountant yg just ade gak belajar law sikit2 pon thu...
Tak logik laaa..lawyer ct nana tak thu benda2 basic gini..
nana, please hired lawyer lain la...
Quote loilijas 4-1-2022 01:18 PM
Orix replied at 3-1-2022 06:06 PM
iols dari dulu mmg side yg berlima tu compare to Nana... mmg salah yg berlima tu mengumpat or bercer ...

Khennnnnnnn…

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.045088 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top