Semasa ditanya apakah kenangan yang tidak boleh dilupakan dan ahli mana yang beliau tidak ingin berada dalam kumpulannya. Sekali lagi peminat melaungkan nama Gwang Soo dan Suk Jin. Sambil tertawa beliau mengiakan sekali lagi mengatakan kenangan bersama Gwang Soo dimana dia sering marah dengan Gwang Soo kerana sering mengkhianatinya didalam kumpulan dan paling tidak menyukai Suk Jin berada sekumpulan dengannya namun beliau mengatakan walau apapun berlaku didalam Running Man, mereka semua sebenarnya sangat rapat antara satu sama lain. Kelihatan Kim Jong Kook agak teruja bila ditanya apa pencapaian terbesar yang beliau capaikan sepanjang kariernya. Paparan wajahnya sampai tidak tahu menyatakannya sehingga memerlukan penterjemah, reaksi kalam kabut Kim Jong Kook mengundang tawa para penonton . Pencapaian terbesar beliau adalah memenangi tertinggi iaitu Deasang Award untuk Best Artist Of The Year pada tahun 2005 dari 3 stesen TV utama iaitu SBS, KBS dan MBC sebagai penyanyi. Running Man bukan saja popular di Asia malahan diseluruh dunia. Selepas kumpulan 'Turbo' berpecah pada tahun 2000, beliau yang bergerak secara solo banyak menyertai 'varitey show' tapi tidak menjangka penglibatannya dalam Running Man bermula sebagai artis jemputan sehinggalah beliau dikekalkan sebagai salah seorang ahli Running Man secara tidak langsung membuatkan beliau sangat popular. Tanpa segan silu beliau mengaku Running Man lah yang telah membuat peminat seluruh dunia mengenalinya dan dia amat bersyukur dengan apa yang dia miliki sekarang. Ditanya mengapa beliau dipanggil SPARTA? Jawabnya dalam nada segan. Mungkin disebabkan oleh tubuhnya yang sasa? Beliau berterus terang beliau sebenarnya adalah seorang yang pemalu. Apa yang penonton lihat di kaca tv itu adalah watak yang dilakonkan untuk dipamerkan. Sekali lagi beliau berkata bahawa beliau bukanlah seorang yang gagah perkasa..hehehe. Dewan menjadi riuh rendah dengan sorakan penonton ketika Kim Jong Kook bila dengan selamba mengatakan beliau tidak kisah dengan apa yang peminat akan lakukan keatas untuk acara 'games' sebentar nanti. (Oh My KPOP. Apakah anda boleh meneka apa yang berligar diminda ketika itu? Nak buat apa?) 'Do whatever you want' katanya. TUAH. Semasa menyelesaikan misi yang diberi didalam Running Man kesemuanya adalah bergantung dengan tuah. Untuk kesekian kalinya Kim Jong Kook memberitahu bahawa beliau bukanlah seorang lelaki yang gagah dan kuat. Kemenangan yang sering berpihak kepadanya sama ada Gwang Soo ada atau tiada didalam kumpulannya adalah disebabkan tuah yang sering menyebelahinya. Dipenghujung tamuramah ini Kim Jong Kook menyahut cabaran untuk bertarung dengan peminat dan akan melakukan apa yang peminat ingin beliau lakukan. Ya nantikan sebentar lagi anda akan bakal didera. . Dua segmen games menguji kekuatan iaitu 'Flamingo(chicken feet)'. Pemenang pula akan mara untuk melakukan 'Tag Name' seperti yang dilakukan didalam Running Man. Dalam segmen games 'KJK Dream Girl', gadis terpilih yang mempunyai ciri gadis impian beliau adalah mempunyai mata besar, wajah bulat, berambut panjang, memakai kasut sukan dan berkulit sawo matang manakala kelebihan pandai menyanyi adalah tambahan sampingan. Dalam 5 gadis tersebut cuma seorang yang dipilih yang mempunyai jawaban dia akan masak apa saja untuk beliau tapi malangnya kejutan yang sampai menimbulkan gelak ketawa penonton adalah peminat tersebut sudah pun berkahwin. En.Suami jangan marah ya isteri anda telah dipeluk oleh Sparta Korea..hehe Segmen games terakhir adalah 'Ice Breaking' yang boleh juga dipanggil sebagai 'Music Chair' tapi mereka menggunakan gelung besar. Beliau didenda sebanyak 2 kali. Denda pertama beliau kena menunjukkan otot lengannya dan denda kedua adalah mengayakan aksi 'Gwiyomi' tapi tidak sepenuhnya. Kerana katanya, beliau tidak sesuai melakukannya. Seterusnya Kim Jong Kook diberi kesempatan menyaksikan paparan video yang telah dirakamkan oleh KJKGlobal khas untuk beliau. Berehat seketika kemudian muncul kembali ke Pentas dengan lagu 'Men Are All Like That', 'Dont Be Too Good To Me', 'Star, Wind, Sun & Love', 'Loveable'. Manakala lagu 'Twist King' adalah lagu semasa beliau masih bersama dengan kumpulan 'Turbo'. Sebelum menyanyikan lagu penutup 'One Man' beliau berkata walaupun peminat tidak memahami lirik tetapi beliau menaruh sepenuh jiwanya didalam lagu semasa menyampaikannya. Malahan sempat bergurau memuji dirinya sebenarnya adalah seorang penari yang hebat juga seperti Super Junior. Tiada kata-kata yang mempu memgambarkan perasaannya cuma ucapan terima kasih tidak terhingga kepada peminat yang hadir. Keesokan petangnya beliau menemui peminat di Paradigm Mall untuk sesi 'Fansigning' yang dikhabarkan berjalan selama 3 jam tanpa henti. Kim Jong Kook telah berjanji akan kembali ke Malaysia bersama ahli Runing Man tidak lama lagi, di mana Hong Kong adalah negara pertama mereka singahi pada 13 Julai ini. Sama-sama kita nantikan kedatangan mereka. Mana tahu Malaysia adalah negara kedua siri RACE START : RUNING MAN FANMEET ASIA TOUR. Jutaan terima kasih kepada penganjur utama iaitu New Pro Star Entertainment dengan kerjasama Runing Into The Sun dan PMP Entertainment diatas undangan menyaksikan Sparta Kim Jong Kook Di Malaysia. Artikel oleh : isabel Gambar oleh : New Pro Star Entertainment |
MissMamamia75 posted on 20-6-2013 12:53 PM
12 things I learned from Running Man - credit to http://theletters.org/index.php/home/letter/295
...
ladygempak posted on 20-6-2013 01:57 PM
dan lagi yg aku nmpk pembelotan dlm RM semakin menjadi2...
Jae Suk 1st leader RM pun guna tekti ...
ADVERTISEMENT