CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kacak Tak Kim Jong Un Sekarang?

31-12-2021 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5258| Komen: 59

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan kelihatan lebih kacak selepas menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram semasa membuat kemunculan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Buruh Korea.


Lapor Daily Star, kehadirannya ke mesyuarat itu merupakan kemunculan Jong Un buat kali pertama di hadapan orang awam sejak kematian bapa saudaranya, awal bulan ini.


Kredit foto: Reuters

Mesyuarat tersebut membincangkan perancangan pemimpin negara itu terhadap rakyat Korea Utara pada tahun mendatang.

Mesyuarat yang berlangsung sejak Isnin lalu melibatkan pemimpin kanan kerajaan dan jeneral tentera.


Butiran mesyuarat itu tidak didedahkan, namun berdasarkan laporan CGTN News, mesyuarat tersebut berkemungkinan besar membincangkan situasi ‘tegang’ makanan di seluruh negara dan strategi pembangunan jangka masa panjang bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Gambar Jong Un pada 1 Januari 2019 (kanan) dan 6 Mac 2020 (kiri)

Jong Un sebelum ini dilaporkan memiliki berat badan sebanyak 140 kilogram dan mempunyai ketinggian 170 sentimeter.

Media rasmi Korea Utara mendedahkan, berat badan pemimpin itu susut kerana bekerja keras demi rakyat dan negara.


Kredit foto: AP

Jong Un dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun sedang mengamalkan diet sejak empat bulan lalu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 31-12-2021 07:09 PM
Baba vanga predict mampos 2022
Quote glump 31-12-2021 07:37 PM
Macam tengok transformasi Rina disini
Quote Orenn1 31-12-2021 07:42 PM
dulu abeyehh pakaii nmpk mcm kim jong un zmn gemokk gedempolll bila dia bejalan dgn songkettt penohh badann lol
Quote dua_chzy 31-12-2021 07:43 PM
Adik pompuan dia yang muka macam Vivg Yusof tu dikatakan sedang merancang mahu kudeta kan. Sementara Jong Un ni sakit.
Quote sharlenetexas 31-12-2021 07:48 PM
Double body?

Quote kakikuDibibirmu 31-12-2021 08:01 PM
Android 19 Kim Jongang

2p46o_d.jpg
Quote krustykrab 31-12-2021 08:06 PM
Ada iras muhyiddin yasin pulak
Quote krustykrab 31-12-2021 08:07 PM
Orenn1 replied at 31-12-2021 07:42 PM
dulu abeyehh pakaii nmpk mcm kim jong un zmn gemokk gedempolll bila dia bejalan dgn songkettt penohh ...

Tu pun ramai yg puji kata hensem
Quote doubleharmonic 31-12-2021 08:10 PM
cepat jah heshe selim melim? sekali 20 kg turun? potong usus persis rina ke ko ni hah noreen?
Quote wikedsaikel 31-12-2021 08:14 PM
sharlenetexas replied at 31-12-2021 07:48 PM
Double body?

Aku setuju
Quote umbut 31-12-2021 08:35 PM
Potong usus ke pakcik ni
Quote Suchi 31-12-2021 08:36 PM
Ya kacak sekali
Quote angelofish 31-12-2021 08:53 PM
hebat teknologi pengklonan korea .
Quote TeropongThaico 31-12-2021 08:55 PM
Lepas ni buat muscle pulak. Bahagian perut jgn lupa
Quote mbhcsf 31-12-2021 09:02 PM
sikittt lagi macam Joong Ki  hahahahhahahaha
Quote mizzmimi 31-12-2021 10:06 PM
Oo nampak dah leher
Quote Normabaru 31-12-2021 10:08 PM
Ooo sbb bt BS ke xmuncul2 masuk gua lama ngat ritu?
Quote R2D2 31-12-2021 10:12 PM
time Kim Jong Un berucap
tak ada yg main hp ka
tidur ka
semua catat nota
Quote uori 31-12-2021 10:27 PM
Macamana rambut dia boleh empat segi gitu

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051238 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top