CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Pejual DVD 'Ada Apa Dengan Dosa' Di Shopee Didenda RM5,000

31-12-2021 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4098| Komen: 28

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membuktikan kesalahan penjualan DVD karya filem tanpa hak cipta dalam talian menggunakan akaun shopee di Mahkamah Seksyen 2, Alor Setar, Kedah, hari ini.


Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Tuan Azman Adam berkata, kes tersebut berlaku pada 26 November tahun lepas di mana sepasukan Pegawai Penguat Kuasa dari KPDNHEP Putrajaya telah membuat pemeriksaan di alamat 2407, Lorong Peringgi, Alor Setar berhubung aduan yang diterima daripada pengadu berkaitan penjualan DVD Karya Filem bertajuk “Ada Apa Dengan Dosa” oleh tertuduh.


Kredit foto: IMDb

“Pemeriksaan dilakukan ke atas telefon bimbit jenis IPhone 7 Plus milik tertuduh dan mendapati tertuduh memiliki satu akaun Shopee yang memaparkan rekod penjualan DVD Karya Filem tersebut kepada pihak pengadu iaitu Pencil Pictures And Records Sdn.Bhd.


“Hasil daripada siasatan mendapati tertuduh telah menjual satu salinan Karya Filem dalam bentuk DVD bertajuk “Ada Apa Dengan Dosa” tanpa hakcipta pada 2 Julai 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penjualan itu berlaku pada pukul 2.55 petang di No. 18, Tingkat Bawah, Kompleks 2 Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, Alor Seta tatkala hak cipta masih dimiliki oleh dan masih wujud bagi Pencil Pictures And Records Sdn.Bhd.

Katanya lagi, perbuatan tertuduh itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 41(1)(b) Akta Hakcipta 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(1)(b)(i) Akta yang sama.

“Kes telah didengar pada 28 Disember 2021 untuk sebutan bagi serahan dokumen di bawah Seksyen 50A Kanun Acara Jenayah (KAJ),” ujarnya.


Kredit foto: Shopee

Tambah beliau, tertuduh hadir tanpa diwakili penguam serta membuat pertukaran pengakuan kepada pengakuan bersalah.

Mahkamah kemudian membuat keputusan dan tertuduh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau sekiranya gagal membayar denda boleh dipenjara sehingga enam bulan, katanya. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 31-12-2021 06:51 PM
drama apa ni? kasi free pun x hengen nak tgk
Quote dudaberhias 31-12-2021 06:55 PM
Nauzubillah min zalik! Filem ni pun ko sanggul jual nyah? Mesti 0 sold... Hujung2 kena denda, selayaknyalah sebab tergamak kau jual filem yang free pun orang tak hengen nak tengok kecuali bbnu yang berdarah pari2 yindu
Quote bottombikini 31-12-2021 07:15 PM
ada juga yg beli ke
berkali2 ulang tayang kat astro pun tak terasa nak nonton
tolong lah!!
Quote pyropura 31-12-2021 07:19 PM
Penjual online Bumiputra. Kalau kena zaman PH ni teruklah.Dap dicop nak jahanamkan Molayoo. Ujongnya Mujahit & Kalid gereja ditudoh kuda Dey Ey Pee
Quote kechikchomel 31-12-2021 07:21 PM
Hasil ko menjual tu pun tak dapat nak cover denda RM5k tu dek!
Quote Normabaru 31-12-2021 07:27 PM
Masalahnya kaka pon xtahu kewujudan filem ni..cmnela ko menjual dekkk
Quote Lagubestbest 31-12-2021 07:27 PM
err.. cmne nak play tu? sape masih ada dvd player?
Quote dua_chzy 31-12-2021 07:45 PM
cmf_premierleag replied at 31-12-2021 06:51 PM
drama apa ni? kasi free pun x hengen nak tgk

Tengoklah demi Haris Ismail.
Quote sharlenetexas 31-12-2021 07:47 PM
Haris bini jah pun ada?

Quote umbut 31-12-2021 08:33 PM
Sejak ada android tv netflix bagai.. dvd player semua dah masuk stor.. dvd2 lama semua dah masuk tong sampah
Quote Adrif 31-12-2021 11:49 PM
tengok poster pun tak de selera nak tengok

sape tengok lagi cerita2 macam ni  
Quote Carcosa 1-1-2022 03:17 AM
Cerita mcm kerak hampagas ni pun ada org nak jual /beli (muntah ijo).

Aku tgk part si kuli Jah berlakon tu, rasa mcm nak hempas TV aku ke perigi
Quote clarizsa 1-1-2022 08:42 AM
Ada org guna dvd lagi ke
Pastu tajuk muvi cam tak best je yucks
Quote namr 1-1-2022 08:51 AM
Kasi free pun tak hingin tgk choii
Quote rosmahisham 1-1-2022 09:53 AM
X sedar pon ada citer camni..berani sgt jual.kt shoppee..jual kt fb pon ada stalker..iols pnh beli dgn 1 bdk ni kdrama zmn2 streamyx blm ada unifi kt rmh sekali beli beratus2  jgk..dia sudahnya tukar biz sbb ada stalker usha xtiviti dia..x tau la polis ke hape..tp mmg bahaya lah
Quote ChildrenOfBodom 1-1-2022 11:58 AM
Filem taik mcm ni org bagi free berserta offer duit untuk tengok pon takdak sapa kelapaq nak tengok. Yg beli tu pon ntah2 set2 team producer tu jugak semata2 nk jaga ayaq muka
Quote Artemesiaa 1-1-2022 12:17 PM
Ke saja kantoikan diri untuk promosi dari ramai tak tahu jadi tahu.  Buat ramai ingin nak tahu best ke tidak ceritanya.
Quote jfq 1-1-2022 01:02 PM
Ada lg yg tgk dvd
Quote Jitu 1-1-2022 03:19 PM
wow masih ada lg rupanya yg layan dvd

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top