CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpuluh Kereta Membeku Di Pelabuhan

31-12-2021 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3945| Komen: 29

Cuaca ekstrem di negara Rusia menyebabkan berpuluh-puluh kereta membeku akibat salji melanda di perairan Jepun.

Keadaan yang luar biasa itu menyaksikan suhu mencecah -19 Celcius di bandar Vladivostok di Rusia iaitu pelabuhan yang menerima kemasukan kereta import.



Kredit foto: allautoexperts

Disebabkan itu, kereta jenama Toyota dan Honda dilitupi ais setebal enam inci di atas kapal pengangkut kargo Sun Rion Ro-Ro.

Kereta-kereta tersebut diliputi ais yang tebal sehingga menimbulkan kebimbangan sekiranya akan memberi kesan terhadap penggunaan kereta tersebut.



Kredit foto: allautoexperts

Seorang kapten laut, Pyotr Osichansky, 72, berkata, bulan Disember adalah tempoh laut akan menjadi bergelora dan sangat berangin.

“Air laut memercik di atas kapal dan bertukar menjadi ais yang tebal namun tidak dinafikan, angin tahun ini lebih kuat daripada biasa,” katanya.




Sementara itu, Britain juga meramalkan mengalami musim sejuk yang melampau.

Laporan The Weather Company menjelaskan negara itu dijangka mengalami cuaca berkenaan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 25 hari lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 31-12-2021 07:28 PM
Sebijikk Filem Geo storm tp ni in real life chuolss..hehehe
Quote umbut 31-12-2021 08:36 PM
Sejukkkkkkk .. nak cebok pun sejuk gigil
Quote hareeeesah 1-1-2022 01:02 AM
X peluh xyah mandi la cemni heehe
Quote doubleharmonic 1-1-2022 01:21 AM
upiak mohon pindah sini kalo tak nak mandi 10 hari
Quote Artemesiaa 1-1-2022 12:22 PM
Perghhh benar2 sejuk melampau kali ni
Quote KIM.K 1-1-2022 12:26 PM
Orang kata kemarau takda air
Tapi saintis kata polar shift menyebabkan sejuk

Actually bukan kemarau takda hujan yg panas terik tu
Tapi kemarau takda air yang sejuk membeku
Quote Jitu 1-1-2022 03:04 PM
mesti rosak kereta tu lepas semua tu cair masuk dlm part2 elektronik mcm ecm, sensor etc
Quote Meiizu 1-1-2022 09:49 PM
Baru je nak kata beku takpelah dari banjir..sekali tgok kat dlm pun beku oh noo
Quote green~tea 1-1-2022 10:04 PM
KIM.K replied at 1-1-2022 12:26 PM
Orang kata kemarau takda air
Tapi saintis kata polar shift menyebabkan sejuk


I mimpi ni semalam.. sbb byk sgt baca and tgk video pasal climate change kot
Quote makadek 1-1-2022 10:38 PM
Aku siap mimpi pindah rumah baru
Rumah tu lak akan banjir overflow dr tangki septik setiap hari selama sejam dn lalu dpn rumah..punyala aku gabra
Cpt2 bukak mata..fuh selamat masih di yistana nyokk ku
Quote anony-mous 2-1-2022 01:23 AM
Takut baca komen uols [em:9:]
Quote BuBuComey 2-1-2022 11:12 AM
Fuhh..ni kalau tunjuk kat anak aku mesti dia igt elsa punya keje
Quote Decaffeinated 2-1-2022 11:27 AM
Baca tajuk terus terfikir sejak bila pula kereta mencair

Quote Decaffeinated 2-1-2022 11:33 AM
Jitu replied at 1-1-2022 03:04 PM
mesti rosak kereta tu lepas semua tu cair masuk dlm part2 elektronik mcm ecm, sensor etc

quite unlikely

cold air is actually bone dry. compartment yg splash proof should be safe sebab ini bukan banjir.

icing yang terjadi tu must be splashes or even sea water God knows how it got into the cabin.



Quote KIM.K 2-1-2022 11:35 AM
green~tea replied at 1-1-2022 10:04 PM
I mimpi ni semalam.. sbb byk sgt baca and tgk video pasal climate change kot

Im still confuse
Climate change jadi lebih sejuk ke lebih panas?

Katanya polar shift buat makin beku kembali ke zaman batu
Quote Supersirap 2-1-2022 11:42 AM
Apalah nasib kereta itu semua
Quote Jitu 2-1-2022 09:32 PM
Decaffeinated replied at 2-1-2022 11:33 AM
quite unlikely

cold air is actually bone dry. compartment yg splash proof should be safe sebab in ...

oh ingatkan nnt ada moisture yg blh masuk dlm parts tu tp klu aku tak nak dah beli kereta dah pernah beku mcm ni




Quote Decaffeinated 2-1-2022 09:44 PM
Jitu replied at 2-1-2022 09:32 PM
oh ingatkan nnt ada moisture yg blh masuk dlm parts tu tp klu aku tak nak dah beli kereta dah pern ...

Aku lebih risaukan karat sebab air laut and water damage to the upholstery. Actually it's not as bad as it looks. Body tu bilaslah dgn air biasa. Frozen dew tu pula bila cair jadi sikit jer air dia, blow dry settle.


Quote gideoncross 2-1-2022 09:51 PM
Cuaca kgemaran iol.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049310 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top