Pelakon Wawa Zainal dimasukkan ke hospital selepas diserang gastrik yang teruk hingga ususnya luka. Berkata kepada Kosmo Online, serangan itu mungkin disebabkan dia mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan.
“Saya dah dibenarkan pulang semalam. Kena tahan wad satu malam sahaja. Sebenarnya saya sudah mengalami sakit perut sejak empat hari lalu. Saya dah makan macam-macam ubat tapi ‘tak jalan’ (sembuh). “Bila sakit perut jadi semakin teruk, saya dibawa ke hospital dan berjumpa dengan pakar Gastroenterologi untuk masukkan kamera dalam perut. Jadi dapat tahu gastrik saya dah luka,” ujarnya.
Tambah Wawa, selain faktor mahu menguruskan badan, gastrik itu juga mungkin disebabkan terlalu sibuk menguruskan bayi. “Saya jaga bayi. Jadi kalau malam selalu lapar. Tapi saya tak makan sebab nak turunkan berat badan. Tak mahu makan banyak sebenarnya. “Lagi pun saya pernah alami gastrik tapi tidak seteruk seperti sekarang. Sehinggalah saya mengalami sakit perut yang teruk selama beberapa hari sebab usus luka. “Sebelum mengandung berat saya 45 kilogram (kg). Ketika hamil sekitar 60kg. Selepas bersalin pula berat badan saya sekarang 52kg. “Jadi saya mahu turunkan sikit berat badan sekitar empat kilogram sahaja. Tapi bila sudah diserang diet, nampaknya terpaksalah saya tangguh dahulu perancangan untuk turunkan berat badan,” jelasnya. Katanya, ketika kejadian suaminya, Aeril Zafrel menjalani penggambaran di Johor. Mujur ada pembantu dan keluarga dapat membantunya ke hospital. Serik diserang gastrik yang teruk, Wawa berjanji akan menjaga kesihatan dan makan dengan kerap. Jadi, dia meminta orang ramai supaya tidak lagi khuatir terhadap kesihatannya kerana dia sudah okey. Selain dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan panas dan pedas bagi mengelak rasa sakit perut, doktor menyarankan Wawa makan aiskrim kerana ia dapat membantu melegakan perut. "Lagi pun saya sudah masuk 30 hari berpantang. Jadi tiada masalah untuk makan atau minum benda-benda sejuk,” ujarnya. Sementara itu, di Instastorynya dia meluahkan rasa terkilan apabila ada yang menyalahkan tindakannya memaksa diri meranduk banjir membantu mangsa yang terkesan sebelum ini walaupun masih dalam pantang sebagai punca serangan gastrik itu. |
dua_chzy replied at 31-12-2021 07:16 PM
Akak tak pernah dengar mak2 fully bf diet.
ADVERTISEMENT