View: 8296|Reply: 76
|
Wawa Zainal Gastrik Teruk Sampai Masuk Hospital Sebab Tak Pantang?
[Copy link]
|
|
Pelakon Wawa Zainal dimasukkan ke hospital selepas diserang gastrik yang teruk hingga ususnya luka.
Berkata kepada Kosmo Online, serangan itu mungkin disebabkan dia mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan.
Kredit foto: IG
“Saya dah dibenarkan pulang semalam. Kena tahan wad satu malam sahaja. Sebenarnya saya sudah mengalami sakit perut sejak empat hari lalu. Saya dah makan macam-macam ubat tapi ‘tak jalan’ (sembuh).
“Bila sakit perut jadi semakin teruk, saya dibawa ke hospital dan berjumpa dengan pakar Gastroenterologi untuk masukkan kamera dalam perut. Jadi dapat tahu gastrik saya dah luka,” ujarnya.
Kredit foto: IG
Tambah Wawa, selain faktor mahu menguruskan badan, gastrik itu juga mungkin disebabkan terlalu sibuk menguruskan bayi.
“Saya jaga bayi. Jadi kalau malam selalu lapar. Tapi saya tak makan sebab nak turunkan berat badan. Tak mahu makan banyak sebenarnya.
“Lagi pun saya pernah alami gastrik tapi tidak seteruk seperti sekarang. Sehinggalah saya mengalami sakit perut yang teruk selama beberapa hari sebab usus luka.
“Sebelum mengandung berat saya 45 kilogram (kg). Ketika hamil sekitar 60kg. Selepas bersalin pula berat badan saya sekarang 52kg.
“Jadi saya mahu turunkan sikit berat badan sekitar empat kilogram sahaja. Tapi bila sudah diserang diet, nampaknya terpaksalah saya tangguh dahulu perancangan untuk turunkan berat badan,” jelasnya.
Katanya, ketika kejadian suaminya, Aeril Zafrel menjalani penggambaran di Johor. Mujur ada pembantu dan keluarga dapat membantunya ke hospital.
Kredit foto: IG
Serik diserang gastrik yang teruk, Wawa berjanji akan menjaga kesihatan dan makan dengan kerap. Jadi, dia meminta orang ramai supaya tidak lagi khuatir terhadap kesihatannya kerana dia sudah okey.
Selain dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan panas dan pedas bagi mengelak rasa sakit perut, doktor menyarankan Wawa makan aiskrim kerana ia dapat membantu melegakan perut.
"Lagi pun saya sudah masuk 30 hari berpantang. Jadi tiada masalah untuk makan atau minum benda-benda sejuk,” ujarnya.
Sementara itu, di Instastorynya dia meluahkan rasa terkilan apabila ada yang menyalahkan tindakannya memaksa diri meranduk banjir membantu mangsa yang terkesan sebelum ini walaupun masih dalam pantang sebagai punca serangan gastrik itu.
Kredit foto: IG
Orang tengah sakit, doakan sajalah yang baik-baik okey? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Wawa Zainal diserang gastrik kronik kerana diet
WAWA dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengalami gastrik teruk.
Wawa Zainal diserang gastrik kronik kerana diet
PETALING JAYA – Gara-gara mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan, pelakon Wawa Zainal terpaksa dimasukkan ke hospital kelmarin selepas diserang gastrik yang teruk.
Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengalami sakit perut yang teruk kerana gastrik sehingga menyebabkan ususnya luka.
“Saya dah dibenarkan pulang semalam. Kena tahan wad satu malam sahaja. Sebenarnya saya sudah mengalami sakit perut sejak empat hari lalu. Saya dah makan macam-macam ubat tapi ‘tak jalan’ (sembuh).
“Bila sakit perut jadi semakin teruk, saya dibawa ke hospital dan berjumpa dengan pakar Gastroenterologi untuk masukkan kamera dalam perut. Jadi dapat tahu gastrik saya dah luka,” ujarnya.
Kata isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu lagi, selepas mengetahui punca dia mengalami sakit perut yang teruk itu, doktor memberikan ubat yang sesuai untuk mengurangkan rasa sakit.
“Alhamdulillah lepas doktor beri ubat yang sesuai, sekarang dah okey sikit,” katanya.
Disoal tentang punca dia mengalami gastrik tersebut, Wawa berkata, dia terlalu sibuk menguruskan bayinya yang masih kecil sehingga tidak makan selain atas faktor untuk menguruskan badan.
“Saya jaga bayi. Jadi kalau malam selalu lapar. Tapi saya tak makan sebab nak turunkan berat badan. Tak mahu makan banyak sebenarnya.
“Lagi pun saya pernah alami gastrik tapi tidak seteruk seperti sekarang. Sehinggalah saya mengalami sakit perut yang teruk selama beberapa hari sebab usus luka,” katanya.
Tambah pelakon drama Sejadah Untuk Dia itu, ketika kejadian suaminya tidak ada di rumah kerana menjalani penggambaran di Johor.
“Nasib baik dekat rumah ada pembantu dan juga keluarga. Mereka yang bawa saya ke hospital. Janganlah risau sebab saya okey sekarang.
“Selepas ini saya akan jaga kesihatan dan makan dengan kerap. Takut juga gastrik datang balik,” katanya.
Tambah Wawa, dia terfikir untuk menurunkan berat badan walaupun ketika dalam pantang kerana mahu cuba mendapatkan berat badan asalnya.
“Sebelum mengandung berat saya 45 kilogram (kg). Ketika hamil sekitar 60kg. Selepas bersalin pula berat badan saya sekarang 52kg.
“Jadi saya mahu turunkan sikit berat badan sekitar empat kilogram sahaja. Tapi bila sudah diserang diet, nampaknya terpaksalah saya tangguh dahulu perancangan untuk turunkan berat badan,” jelasnya.
Selepas dibenarkan keluar hospital, Wawa berkata, doktor menasihatinya untuk menjaga pemakanan dan tidak makan makanan pedas dan panas bagi mengelak rasa sakit pada perut.
“Doktor sarankan saya makan aiskrim sebab boleh melegakan perut. Lagi pun saya sudah masuk 30 hari berpantang. Jadi tiada masalah untuk makan atau minum benda-benda sejuk,” ujarnya. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... kronik-kerana-diet/
|
|
|
|
|
|
|
|
Takyah lah up kisah bimbo nie... sendiri carik penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak pernah dengar mak2 fully bf diet. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-12-2021 07:16 PM
Akak tak pernah dengar mak2 fully bf diet.
Now you have heard.....boleh cuba try test tak lama lagi ko... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke lum abis pantang lagi? Ko sabar la jap nak bertambah berat ko pun amik masa 9 bulan.
Padahal berat dah tinggal 52kg je kot.Makan la dulu anak ko pun menetek kan sbb tu ko gastrik teruk.
Dia punya bizi tu mcm takde langsung sapa2 nak bantu.
Lenkali duk je dendiam kt umah makan minum dan rehat yg secukupnya.
Jgn risau pasal berat badan ko mkn je secara sihat, eat clean dan nyusukan anak ko insya Allah berat ko turun je nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau ni tongong ke apa....masih dlm pantang..bf some more..nak diet watpe...bf tu sendiri blh kuruskqm bdn..bkn ke sepatutnya yr main priorities adalah pastikan bdn kau dan anak kau tu ckp nutrien..dah beranak ramai pun masih bemgap lg..i jrg marah org tongong tapi kau mmg patut dimarah begitu sbb selfish pentingkan diri sendiri..x fikir anak yg masih dlm hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni species hadap pujian netizen "wah! Cepatnya kurus lepas bersalin".
Org dlm pantang lagi nak makan makan berkhasiat, dia nak berlapar pulak.
Dah lah tak sabar2 nak menunjuk seminggu bersalin blh masuk ofis pakai heels. Pastu tak menyempat gi tempat banjir.
Tak dapat nak beza priority dan reality. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kata bz sgt jaga baby.. sampai tak sempat nak mkn.. tapi hari tu sempat pi office check stock, pi turun bagi bantuan banjir... Tak boleh ke fokus je kat masa berpantang tu . Time ni la kita dpt relax2 sikit.. ko bukan tak mampu nak gajikan pembantu.. ape yg ko cuba buktikan ni wawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benak itu penyakit berjangkit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Badan cekeding camni kalau Naik sikit pun takpe. Baru beranak anak menyusu watpe nak diet strict2. Mana nak dapat nutrition? Takkan bedal produk timbang kilo overclaim |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa dia tak hire confinement lady ja? Kata jutawan..time ni la nak rest pun. Lepas ni kan terpaling busy |
|
|
|
|
|
|
|
Gastric benda normal xperlu nk jd story |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gi sepital mmg doc ckp gastrik la
tpi kalau jump mak bidan..bentan tu sebnrnya
dlm pntng main air banjir, tak jaga pantang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni nak buktikan apa sbrnnya? Gile apa diet time tgh pantang..dahla sibuk meredah banjir bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 31-12-2021 09:29 PM
Sendiri cari penyakit, dah tau ada gastrik dan tgh BF tapi tak jaga makan. Belum habis pantang lagi tapi tak pantang betul2, show off sana sini konon dia ler ibu dalam pantang terpaling busy tak boleh duduk diam.
Berat 52 kg tu ok lagi dgn tinggi dia yg renek tu. Kenape ler sesetengah perempuan obses sgt nak berat bawah 50 kg. Asal BMI dalam kategori sihat lagi dah kira ok ler. Kalau bbnu boleh faham ler, ni dah tua bangka dan beranak pinak pun suka buat benda yg boleh mudaratkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kes pompuan dalam pantang mati sebab terlalu letih.. cuba laa berehat.. makan yg berkhasiat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya byk sgt mkn supplemen sampah buatan sendiri..akhirnya mkn diri..pada yg luar sana..jgnlah terpedaya dgn produk2 sampah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka.. Ke hulu ke hilir... Nak buktikn apa pun ntah... Last2 atas katil sepital. |
|
|
|
|
|
|
| |
|