Seorang wanita kini bertarung nyawa apabila organ pentingnya berlubang selepas menjalani pembedahan kosmetik di Sepanyol, lapor Daily Star.
Sara Gomez, 39, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani prosedur pembuangan lemak atau ‘lipo’ di sebuah pusat perubatan di bandar Murcia pada 2 Disember lalu. Dia membayar wang berjumlah €5,700 (RM26,915) untuk pembedahan di pusat perubatan Virgen de la Caridad untuk membuang lemak dan menghentikan lebih banyak sel lemak daripada terhasil. Gomez dilaporkan ‘menjadi agak tidak stabil’ selepas pembedahan walaupun doktor memberitahu keluarganya bahawa prosedur itu pada mulanya berjaya.
Sebelum pembedahan, Gomez memberitahu doktor bahawa dia telahpun menjalani pembedahan sedut lemak di bahagian perutnya, namun dia diberitahu bahawa ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Keadaan kemudiannya berubah menjadi buruk selepas ibu kepada dua orang anak itu dipindahkan ke Hospital Santa Lucia, di mana keluarganya mendakwa dia dibiarkan dalam keadaan berdarah dengan teruk. Gomez terpaksa menjalani pembedahan selepas didapati mengalami luka pada pelbagai organ termasuk buah pinggang, hati, duodenum dan usus. Keadaan wanita itu disifatkan berlaku disebabkan oleh kecuaian perubatan, dengan keluarganya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang. Sumber: Sinar Harian
|
cmf_premierleag replied at 31-12-2021 11:04 AM
takyah la sedut lemak
cer tanya rina harun..kalo nak kurus kene mamam apa, kene titun kul bape
...
cmf_premierleag: renung renungkan dan selamat b ...
Minami2013 replied at 31-12-2021 11:56 AM
Bbnu nye acik rina... yekkkkk
cmf_premierleag replied at 31-12-2021 11:10 AM
renung renungkan dan selamat beramal
dua_chzy replied at 31-12-2021 12:58 PM
Astaga. Orang sebenar ka ni?
Minami2013 replied at 31-12-2021 11:56 AM
Bbnu nye acik rina... yekkkkk
pasa replied at 31-12-2021 11:33 AM
dia buat bariatrik 3
sedut lemak mmg ada risiko.
cmf_premierleag replied at 31-12-2021 01:04 PM
iya sis..tweet lama sheols
dua_chzy replied at 31-12-2021 01:09 PM
Aiol pun tak pernah twit2 ka buat status dengan ayat kanak2 riang sebegitu irl ya. Orang gini dija ...
ADVERTISEMENT