View: 3022|Reply: 33
|
Bertarung Nyawa Lepas Sedut Lemak, Banyak Organ Luka Dan Berlubang
[Copy link]
|
|
Seorang wanita kini bertarung nyawa apabila organ pentingnya berlubang selepas menjalani pembedahan kosmetik di Sepanyol, lapor Daily Star.
Sara Gomez, 39, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani prosedur pembuangan lemak atau ‘lipo’ di sebuah pusat perubatan di bandar Murcia pada 2 Disember lalu.
Kredit foto: Newsflash
Dia membayar wang berjumlah €5,700 (RM26,915) untuk pembedahan di pusat perubatan Virgen de la Caridad untuk membuang lemak dan menghentikan lebih banyak sel lemak daripada terhasil.
Gomez dilaporkan ‘menjadi agak tidak stabil’ selepas pembedahan walaupun doktor memberitahu keluarganya bahawa prosedur itu pada mulanya berjaya.
Kredit foto: Newsflash
Sebelum pembedahan, Gomez memberitahu doktor bahawa dia telahpun menjalani pembedahan sedut lemak di bahagian perutnya, namun dia diberitahu bahawa ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah.
Keadaan kemudiannya berubah menjadi buruk selepas ibu kepada dua orang anak itu dipindahkan ke Hospital Santa Lucia, di mana keluarganya mendakwa dia dibiarkan dalam keadaan berdarah dengan teruk.
Kredit foto: Newsflash
Gomez terpaksa menjalani pembedahan selepas didapati mengalami luka pada pelbagai organ termasuk buah pinggang, hati, duodenum dan usus.
Keadaan wanita itu disifatkan berlaku disebabkan oleh kecuaian perubatan, dengan keluarganya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Semua disedut pe yg tinggal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pelik dgn pempuan yg obses nak cantik, tp hasil nye tetap x cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Exercise & diet malas.. nak short cut je. |
|
|
|
|
|
|
|
takyah la sedut lemak
cer tanya rina harun..kalo nak kurus kene mamam apa, kene titun kul bape
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar dia denagn ank-ank tu nampak lebih cantik je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia buat bariatrik 3
sedut lemak mmg ada risiko.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag: renung renungkan dan selamat b ...
Bbnu nye acik rina... yekkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Luka dalaman tu dia jaga makan tak lepas operate. Bak kata orang melayu pantang makan yang fresh2 je. Jangan yang gatal2 nanti bernanah membusuk |
|
|
|
|
|
|
|
masa kurus dan bergaya nampak la bbnu nya, terasa la kiut nya, cuba sebelum bariatrik tu... mesti rasa ngada2 nya makcik ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 31-12-2021 11:10 AM
renung renungkan dan selamat beramal
Astaga. Orang sebenar ka ni? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-12-2021 12:58 PM
Astaga. Orang sebenar ka ni?
iya sis..tweet lama sheols |
|
|
|
|
|
|
|
pasa replied at 31-12-2021 11:33 AM
dia buat bariatrik 3
sedut lemak mmg ada risiko.
akak penah tgk iklan billboard besar2 kt KL sentral dulu,KPJ punya iklan batriatic tu
sapa naik lrt putra kalo time tggu lrt mmg akan perasan iklan tu kat tgh2 kl sentral bhgn dalam (atas mekdi) |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 31-12-2021 01:04 PM
iya sis..tweet lama sheols
Aiol pun tak pernah twit2 ka buat status dengan ayat kanak2 riang sebegitu irl ya. Orang gini dijadikan muntri tadbir rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-12-2021 01:09 PM
Aiol pun tak pernah twit2 ka buat status dengan ayat kanak2 riang sebegitu irl ya. Orang gini dija ...
ni tweet zmn 2013/2012, ms tu umur sheols around late 30s or early 40s gamaknya kan
mmg rs nk lempang je tgk umur2 mcm tu cakap mcm acah2 comel |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik kepada thread, bayaran 20k tu terlalu murah hunto lipo ya. Di Malaysia ini pun sudah berapa. Selalunya kes2 begini terjadi kerana mangsa kedekut tak mahu spend banyak duit huntok dapatkan treatment daripada doktor bertauliah dan sanggup ambil perkhidmatan doktor2 shady demi nak jimat ya. Ujung2 jadi camni la - botched bocor sana sini pehtu tak lama, mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat sedut lemak ni memang membahayakan bukan sekadar boleh datangkan kecederaan tapi juga bawak maut |
|
|
|
|
|
|
|
Seram,takpela walau tisu lemak masih ada sbb cuma mengecut je drpd nak hilangkan terus tapi risiko kehilangan nyawa plak.
Takpela sepanjang hayat iols terpaksa control je makan, bersenam dan bila teringin nak mengunyah sesuatu yg rangup mcm cekedis tu iols cuma mampu kunyah je tak telan pastu ludah balik dlm tong sampah. Janji lepas gian nak mengunyah tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|