CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fauzi Nawawi Bawa Diri Ke Sabah Lepas Digam Stesen TV Angkara Lawak Rogol

31-12-2021 07:34 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9597| Komen: 77|Original author: LilRose

Pelakon Fauzi Nawawi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi terkilan 'digam' sebuah stesen televisyen (TV) dipercayai angkara kontroversi terlepas cakap isu rogol dalam satu program temu bual.



Kredit foto: IG

"Sejujurnya saya rasa terkilan dan kecewa apabila nama saya banyak kali ditolak pihak stesen TV itu. Sebelum ini, tak pernah pun nama ditolak.

"Kalau sebab watak tak sesuai, saya faham. Tapi ini nama kena reject tanpa diberitahu apa kesalahan saya.

"Kalau betul pihak mereka nak banned saya, kenapa tak keluarkan kenyataan secara rasmi? Sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan untuk masa depan.


"Jika ada surat rasmi mengatakan nama saya disenarai hitam, boleh la saya rujuk KKMM atas dasar akta apa saya kena banned," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, penerbit Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya menerusi Instagram mendedahkan aktor berkenaan ingin mencuba nasib di Sabah memandangkan rezeki sebagai anak seni sekian lama semakin sempit.

"Menjelangnya Tahun 2022, saya minta my Big Bro and Sis doakan pintu rezeki saya terbuka di ruang yang lain.

"Andai Ruang sebagai anak seni untuk saya telah terbuka, I’ll come back and I’ll come back stronger.



"Happy new year My Big Bro and family, Yang menerima hukuman, Pojie," kata Fauzi menerusi kenyataan itu.

Fauzi sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai apabila selamba berkongsi pengalaman melakonkan watak perogol bersama pelakon Raja Farah dalam sebuah filem menerusi program temu bual yang ditayangkan secara terbuka di televisyen.



Sedar dengan kemarahan ramai yang ditujukan kepadanya, dia kemudian membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarganya.



"Saya tak nak bergantung rezeki kepada orang. Bukan bermaksud saya tarik diri daripada bidang lakonan tapi saya nak cuba cari peluang lain.

"Apabila nama saya asyik kena reject stesen TV, saya rasa sudah tiba masa saya bawa diri dan cuba bidang lain. Jadi, saya buka sebuah kedai di Sabah.

"Buat masa ini, saya berulang-alik. Insya-Allah saya percaya pada rezeki. Saya kena buat kerja lain sebab ada keluarga dan anak-anak masih bersekolah," ujarnya.


Kredit foto: IG

Semoga ada ruang dan rezeki buat Fauzi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scarflicious 31-12-2021 07:40 AM
Ada cawangan baru di sabah ke dia ni?
Quote helicornia 31-12-2021 08:00 AM
Budak pakai tie tu anak dia ke? Comel
Quote dudaberhias 31-12-2021 08:12 AM
Entahnya stesyen TV ni. Bagitahu je lah korang tak nak jantan iras beruk salji ni masuk TV sebab tak herlok dan menggelikan bila terbayang dia buat scene rogol tu.

Jujur je lah terus buatpe nak sorok2.

Iols pun tak selera nak tengok dia

Pondan gersang dan gay bottom pun pakat2 kalih ke Animal Planet tak nak tengok muka dia. Deorang kata tengok binatang lagi berair dari tengok muka dia ni.
Quote haznor 31-12-2021 08:14 AM
ni orang tua-tua kata, kerana mulut badan binasa. next time kalau nak bercakap, fikir dulu & beringat.
Quote puanbintang 31-12-2021 08:18 AM
lain kali fikir dulu sebelum bercakap yang bukan- bukan, dah tua2 pun...
Quote umbut 31-12-2021 08:24 AM
Pompuan sabahan dah ler mostly cun2. Makin berpinar berdegup bergetar ler si pozi.. tapi takpa..bini sentiasa memaafkan
Quote azimodin 31-12-2021 08:30 AM
Sukahati stesen tv la nak keluar statement rasmi ke tak. Ko bukan employee stesen tv pon. Kecoh play victim. Pergi la buat grab ke, foodpanda ke, lalamove ke
Quote ashilalat 31-12-2021 08:31 AM
Edited by ashilalat at 31-12-2021 02:49 PM

Tapi kenapa si syuk tonyok tak kena gam? Mlm td tgk awwsome tv, ada je dia mengacara rancangan. Still buat muka jalang dgn tetamu soo win cii dgn heliza.
Quote lasagna 31-12-2021 08:31 AM
umbut replied at 31-12-2021 08:24 AM
Pompuan sabahan dah ler mostly cun2. Makin berpinar berdegup bergetar ler si pozi.. tapi takpa..bini ...

ahhhh gittcheww!
Quote princessmiang 31-12-2021 08:40 AM
padanla muka ko. ni nak acah2 victim plak. masa ko cakap tu ko tak pikir maruah orang kan?
Quote cikgojesss 31-12-2021 08:44 AM
makin rancak la abah pozi kat sana.. silap2 buka kedai cikcap
Quote slyfynx 31-12-2021 08:46 AM
Satgi kuar video baru lg
Quote KamikuP 31-12-2021 09:16 AM
Gi sabah buat video cikcap tumbuk sambal kah utk pasaran filipino?
Quote Aikiko 31-12-2021 09:33 AM
ashilalat replied at 31-12-2021 08:31 AM
Tapi kenapa si syuk tonyok tak kena gam? Mlm td tgk awwsome tv, ada ke dia mengacara rancangan. Stil ...

Awesome is so cancelled!!!

Mari pakat2 boikot, bangang abadi masih ada lagi se gems tak herlok tu kuar tv yihhh
Quote AshkieLa 31-12-2021 09:45 AM
baguslaa.. kalo keluar tv pun semak tengok sbb dok teringat kes ko sembang 'rogol' ritu.. geliiii
belum maruah tuan punya badan sekeluarga ko pijak2 tanpa rasa bersalah.
minta maaf pun aritu sbb terkesan netizen kecam kan..
so rasain lo dapat balasan berpanjangan gini...
Quote Coklatpanas 31-12-2021 09:50 AM
Padan muka
Quote nuril86 31-12-2021 09:58 AM
azimodin replied at 31-12-2021 12:30 AM
Sukahati stesen tv la nak keluar statement rasmi ke tak. Ko bukan employee stesen tv pon. Kecoh play ...

menyampah dengan artis mcm ni... klw dh xde rezeki jadi pelakon.. buat la ape2 kerja delivery yang halal... ingat selamanya akan letops ke....
Quote TabletSusu 31-12-2021 10:04 AM
tua dah si poji ni. putih dah janggut misai tu. harap2 lpsni boleh insaf
Quote jerukkedondong 31-12-2021 10:10 AM
Ubah2 lah perangai tu poji..cucu pun dah ada kan...malu la cucu ada atok tak shenonoh

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.142038 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top