CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takkan Majlis Makan-makan Di Rumah Nak Jaga Jarak 24 Jam? - Raysha Rizrose

29-12-2021 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8378| Komen: 35

Pelakon Raysha Rizrose menjelaskan majlis perkahwinan Uqasha Senrose dengan Kamal Adli yang berlangsung pada 15 Disember lalu tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. 


Adik kepada aktres terbabit yang juga pengiring pengantin pada majlis berkenaan berkata, setiap tetamu yang hadir wajib memakai pelitup muka, namun video yang tular adalah selepas selesai sesi fotografi bersama pengantin. 


Kredit foto: IG Raysha

"Sebenarnya, tiada istilah melanggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan. 


"Tetamu yang datang pada hari itu hanya kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja. Mereka yang datang wajib menjalani ujian saringan RTK Antigen, lengkap dua dos vaksin Covid-19, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir. 

"Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Raysha, memasuki tahun kedua pandemik Covid-19 ini, dia percaya rata-rata yang hadir mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahayanya virus itu. 



Kredit foto: IG Raysha

"Sekiranya dipanggil pihak berkuasa, saya sedia beri kerjasama. Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung tempoh hari adalah hasil kerjasama dengan Astro yang juga dikenali sebuah stesen TV yang sangat pentingkan SOP.

"Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal. Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan yang baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP. 

"Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP," katanya.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan terbabit di Genting Highlands yang tidak mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 29-12-2021 06:11 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:57 AM

...........
Quote kiah_mai_pulak 29-12-2021 06:14 PM
biarlah polis nk buka kertas siasatan pu’x yg kau nk melenting tu dh kenapa? ujung2 dibebaskan tanpa dilepaskan mcm jah kopek tu. kau rilekk je deknon
Quote MatDeghem 29-12-2021 06:15 PM
Astrok yang tanggung jawab....
Quote Orix 29-12-2021 06:24 PM
harapnya kalau jd kes mahkamamah, mohon lawyer uqasha refer pd kes lopak yg smpi skrg xde tindakan sbg punca n penyebab org x peduli sgat psal SOP.....
Quote belilies 29-12-2021 06:31 PM
Mesti raysha ni maid of honour uqasha
Quote RVP20 29-12-2021 07:42 PM
Biarlah pihak polis buat siasatan dulu
Yang adik beradik kalut dok bagi statement dah kenapa ? Jawab je la no comment bila media tanya.
Jika bersalah bayar je compound.

Nak risau apa sgt la hai. Dulu kes ambik barang terlarang  pun boleh lepas  
Quote AcikBuncit 29-12-2021 10:12 PM
Memangla masa makan kena bukak.. Bgambar pn ada yg bukak.. Tp perlu ke ko buat acara tarian tu.. Baling2 bunga bagai.. Sah2 la berkerumun orang. Buat santai2 sudahla.. Dah kantoi caca marba majlis, gelabah tetek la nak defend masing2
Quote codenamedream 29-12-2021 10:49 PM
Ni yg sekeliling gigih nak menjernihkan tapi makin mengeruhkan.
Chill sudah. Kalau korg kena byr denda, mintaklah abang ipar bayar kan.
Astro boleh carikan lawyer memahal, kasi setel.
Quote slyfynx 29-12-2021 11:04 PM
Ambil gmbr tu mmg perlu bukak mask eh?
Quote uori 29-12-2021 11:44 PM
chill lor. pregnant je cecepat, sure kebal kat mahkamah nanti
Quote Normabaru 30-12-2021 12:16 AM

Itula pasal..kabel ko fiber optic kot..ape nk takut..lgpon asteruk kan penerbit rancangan all together now msia Pon rilek jekk..ape nk takut
Quote wirazam 30-12-2021 08:32 AM
AcikBuncit replied at 29-12-2021 10:12 PM
Memangla masa makan kena bukak.. Bgambar pn ada yg bukak.. Tp perlu ke ko buat acara tarian tu.. Bal ...

Compare majlis ini dgn majlis lofa..better lagi majlis lofa..
Kalaulah majlis lofa yg buat cenggini, pasti seminggu kena kecam dan berthread2 post haterz dan fan pasal ni kat forum hahaha
Quote 3chanceno 30-12-2021 08:41 AM
Edited by 3chanceno at 30-12-2021 08:43 AM

Ko banyak bunyi pulak  perantin hepi 2 ko meroyan  nak bingit gi balai nanti boleh sembang!

Balik dari umrah, dipuji melambung lagikkabel kuat tarak hal punya
Quote laksmanabentan 30-12-2021 08:44 AM
wirazam replied at 30-12-2021 08:32 AM
Compare majlis ini dgn majlis lofa..better lagi majlis lofa..
Kalaulah majlis lofa yg buat cenggin ...

hahahahaha.... sbb lofa kan wanita lindungan kaabah kannn...
haruslah dikecam kalau melanggar syariat islam gitu....
Quote 3chanceno 30-12-2021 08:47 AM
uori replied at 29-12-2021 11:44 PM
chill lor. pregnant je cecepat, sure kebal kat mahkamah nanti

Hahaha...nie modal baru semua retis boleh ikut jejak langkah jahkobis
Quote makton 30-12-2021 08:53 AM
buruknya pipi masing2. terlebih yis ke
Quote NFBZCantik 30-12-2021 09:18 AM
wirazam replied at 30-12-2021 08:32 AM
Compare majlis ini dgn majlis lofa..better lagi majlis lofa..
Kalaulah majlis lofa yg buat cenggin ...

haaa samalaa apa yg aku pikir pun.
Quote Zezo 30-12-2021 09:54 AM
???? bising2 ni nk tarik perhatian kayangan mana utk tolong selamatkan korang utk dilepaskan tanpa byr saman. Dah salah, byr je. Lagipun, Malaysia skrg memerlukan duit sgt. Org yg tak reti jaga sop, patut kena byr saman dan buat la kerja komuniti korek lumpur kt tgh2 jalan sekali dgn ahlul politik.
Quote pekanwoohoo 30-12-2021 09:57 AM
Ingatkan sherry al hadad tu dekat first pic

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042388 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top