Penduduk sekitar Sukaraja dalam di Tasikmalaya gempar apabila hujan ais disertai angin kencang membadai kawasan tersebut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang, lapor Detik News.
Berdasarkan sebuah video yang tular, butiran hujan ais dilihat jatuh di atas jalan di Sukaraja Cibalong sehingga menyebabkan orang ramai panik dan bertempiaran lari sambil melaungkan takbir. “Allahu Akbar! Hujan ais, hujan ais!” demikian seperti dilaungkan orang ramai. Sementara itu, menurut seorang saksi, Wildan, fenomena hujan ais itu berlaku sekitar 15 ke 20 minit.
“Hujan ais berlaku antara 15 hingga 20 minit dengan saiz ais kira-kira sebesar biji buah salak. “Orang ramai dan saya sendiri menjadi panik ketika kejadian itu,” katanya. Sumber: Kosmo
|
supernaturalee replied at 29-12-2021 03:25 PM
tasikmalaya tp bukan di malaysia
kt situ jgk ada bengkok tp bkn thailand
ADVERTISEMENT