CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Organisasi Pelik Tolak Semua Perayaan, Perjuang Kebebasan Untuk Tak Bercinta

29-12-2021 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1826| Komen: 12

Description: Bagi kebanyakan orang, musim perayaan sering dinantikan bagi meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.
Bagi kebanyakan orang, musim perayaan sering dinantikan bagi meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.

Namun, perkara itu tidak dipersetujui kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Perikatan Revolusi Lelaki Tidak Popular.

Kumpulan itu disertai sejumlah lelaki yang kononnya mendakwa mereka tidak popular dan sukar mencari teman wanita.


Kredit foto: Lifo

Keadaan itu sekali gus membuatkan kumpulan tersebut menolak semua perayaan atau sambutan istimewa berkaitan meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.


Kumpulan itu juga mendakwa mereka serius dalam memperjuangkan nasib semua lelaki yang tidak mendapat perhatian.

Organisasi pelik itu mengetengahkan isu berkaitan kesihatan mental dalam kalangan mereka yang tidak popular di seluruh dunia.

Dikenali sebagai Kakuhidou, kumpulan itu dibangunkan pada 2006 oleh Katsuhiro Furusawa selepas dia ditinggalkan oleh teman wanitanya.

Pada tahun ini, kumpulan itu mengadakan perhimpunan membantah perayaan Krismas yang didakwanya ‘berat sebelah’.

“Kami perjuangkan kebebasan untuk tidak bercinta dan tidak berkahwin. Kita tetap boleh bahagia jalani kehidupan! laung kumpulan itu dalam perhimpunan tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 29-12-2021 02:40 PM
mcm ada juga wanita duduk di gambar tu...
Quote Orenn1 29-12-2021 03:04 PM
Adoiiii gelakkkk aku, geng jjantan loser tak laku lol ada ke lelaki yg susahh dpt gf
Quote helicornia 29-12-2021 03:19 PM
Ikut suka kau la nak raya ke tidak, nak kawin ke tidak.selama ni kena Saman ke?
Quote Supersirap 29-12-2021 03:47 PM
Hidup tanpa cinta tiada erti
Quote putput 29-12-2021 05:13 PM
perjuangan apa ni? hak sama rata?
Quote Skuau 29-12-2021 05:22 PM
mmmm..baik korang jd ultraman jer...
Quote batmana 29-12-2021 05:42 PM
mana boleh tolak cinta

tu diri sendiri masih hidup, berdiri tegak

apa tu tak cintakan diri sndiri juga ka? klu tk ntah2 dh bunuh diri psl tak sygkn diri sndiri
Quote Metana 29-12-2021 05:44 PM
no woman no cry
Quote Skuau 29-12-2021 06:22 PM
Metana replied at 29-12-2021 05:44 PM
no woman no cry

Boys don't cry....
Quote Artemesiaa 29-12-2021 06:25 PM
Ikut sukalah nak macam mana sendiri punya mau
Quote syaz_lina 29-12-2021 06:27 PM
Ni lagi kejam dari komunis..nak bercinta n kawen also cannot. Macam2 kegilaan manusia ni
Quote damsel_fiji 29-12-2021 06:27 PM
Mcm ada sorg forumer yg anti perayaan kan..hayrin86 ke apa nama dia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055992 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top