Tular video mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghulur sumbangan di pusat penempatan sementara (PPS) di sebuah sekolah.
Video itu memaparkan seorang warga emas yang menghulur tangan untuk bersalaman dengan mantan Perdana Menteri itu menarik perhatian ramai. Najib yang di lihat memberi sumbangan kepada mangsa banjir tidak menghiraukan huluran salam tersebut, sebaliknya memberi beg berisi barang keperluan kepada warga emas berkenaan dan menepuk bahu sebelum beredar. Mungkin tidak perasan ataupun mengambil langkah menjaga prosedur operasi standard (SOP) tidak bersentuhan, momen ini mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.
Kredit video: TikTok @malaysianupdatenews Malah, ramai mempersoalkan tindakan ahli parlimen Pekan itu di Twitter dan TikTok berikutan isu tidak berjabat tangan, menepuk bahu dan cara memberi beg berisi barangan keperluan kepada warga emas tersebut. Tidak kurang juga yang menyindir Najib memakai jaket keselamatan ketika memberi bantuan pada mangsa banjir di dalam sekolah berkenaan. Sumber: Murai
|
helicornia replied at 29-12-2021 02:56 PM
Kang Salam Kang memekak pulak korang najib langgar sop.ok la tu dia tepuk bahu no skin contact
FOTHER-MUCKER: Haluan Politik memang salah sa ...
mamajawie replied at 29-12-2021 03:56 PM
ape la bodoh sangat isu lahanat ni?ok la tu pokjib nk tepuk bahu at least acknowledge pakcik tu..nak ...
ADVERTISEMENT