CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bawa Lari Anak? Saya Difitnah!" - Badrul Muhayat

28-12-2021 12:57 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3717| Komen: 10|Original author: LilRose

Hero Melayu era 1990-an, Badrul Muhayat menafikan dakwaan bekas isterinya yang menuduh dia melarikan dua anak mereka. 


Kredit foto: FB

Sehubungan itu, dia menegaskan bahawa semua dakwaan itu fitnah semata-mata.

Bagaimanapun, Harian Metro semalam melaporkan bahawa Badrul enggan ditemubual dan memohon kerana sedang sibuk. 

"Saya kena fitnah," demikian jawapan ringkasnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Media sebelum ini melaporkan bekas isteri pelakon itu membuat laporan mendakwa rumahnya diceroboh dan dua anaknya dilarikan pelakon terbabit dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor pada Sabtu lalu.



Kredit foto: FB

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan berkata akan memanggil pelapor dan suspek untuk diambil keterangan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Bekas isteri Badrul sebelum ini membuat hantaran di Facebook mendakwa semua pakaian anaknya serta buku sekolah tiada selain ada kesan umpil pada pintu rumahnya.








Kredit foto: FB

Malah, dia mendakwa melihat objek mencurigakan menyerupai sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.


Kredit foto: FB

Apa dah jadi ni Badrul sampai isteri dakwa pecah rumah dan bawa lari anak? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 28-12-2021 01:11 PM
memacam hal.. yang sengsara anak2x..
Quote iluma 28-12-2021 01:21 PM
Edited by iluma at 28-12-2021 01:22 PM

mcm kes anak sedara aku.
kak aku bcerai anak buah aku umur 6 tahun.sekrg dah darjah 6
fight mahkamah dptla nafkah rm503 sebulan tiap bulan.
tapi tulah emosi ank buah aku mmg terganggu, sebab nafkah je dpt jenguk setahun sekali je.ni sejak PKP langsung  x jenguk
padahal dok bukit aman tu ha...kasih syg xde
selalu nangis.
sekrg bila sebut nama ayah,,x payahla cakap/sebut nama abah.dia mcm dah putus asa
no contact kami semua dia block.
Quote brown_pupil 28-12-2021 01:26 PM
keji sial jantan cemgini..
Quote slyfynx 28-12-2021 02:13 PM
Bukak thread baru, hanya nk bg tau die reply whatsapp "saya kene fitnah" je?
Quote Buritan 28-12-2021 04:23 PM
Byknya jntn  bodo.. dah tua nanti baru nak ngaku anak.. dayus mcm napi jugak ni
Quote fairy_fairy 28-12-2021 05:19 PM
iluma replied at 28-12-2021 01:21 PM
mcm kes anak sedara aku.
kak aku bcerai anak buah aku umur 6 tahun.sekrg dah darjah 6
fight mahkamah ...

Jangan nanti anak buah tu dah besar, dah jadi someone tetiba ada yang datang claim kalau bukan dia yang mengandungkan mak tu, budak tu tak ada di dunia. Kalau setakat nak pakai that argument, so apa beza jantan tu dengan kucing atau anjing kurap?? Ingat senang nak memanusiakan seseorang?
Quote nakkomenjugak 28-12-2021 05:42 PM
Haishhh hidup sorang playboya tak sedar diri dah tua
Kenapalah ko kawen dengan heol acik julia oiii
Dari tahun 90an dah ada kes heol crett crett pastu lari
Quote SpyLeman 28-12-2021 07:31 PM
Umur dah tua, masih cenggini? Kesiannyaa kehidupan heols di hujung2 umur ni. Batch dia Azhar sulaiman tu aman2 je dok main Instagram kt rumah agam
Quote ninnamina 28-12-2021 08:04 PM
Memang patut kene maki la laki macam ni..
Utk puan tu harap dapat keadilan
Quote eternity78 28-12-2021 08:09 PM
mcm ada tertgk tiktok anak dia dulu, anak laki mcm dah besor, mcm happy2 je dgn bapak dia..ke badrul ni ada ramai anak?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.126716 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top