Hero Melayu era 1990-an, Badrul Muhayat menafikan dakwaan bekas isterinya yang menuduh dia melarikan dua anak mereka.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/28/125433p3hslhxsqtx1qpig.jpg) Kredit foto: FB
Sehubungan itu, dia menegaskan bahawa semua dakwaan itu fitnah semata-mata.
Bagaimanapun, Harian Metro semalam melaporkan bahawa Badrul enggan ditemubual dan memohon kerana sedang sibuk.
"Saya kena fitnah," demikian jawapan ringkasnya menerusi aplikasi WhatsApp.
Media sebelum ini melaporkan bekas isteri pelakon itu membuat laporan mendakwa rumahnya diceroboh dan dua anaknya dilarikan pelakon terbabit dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor pada Sabtu lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/28/125435t5bptx1dshdtz1er.jpg) Kredit foto: FB
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan berkata akan memanggil pelapor dan suspek untuk diambil keterangan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Bekas isteri Badrul sebelum ini membuat hantaran di Facebook mendakwa semua pakaian anaknya serta buku sekolah tiada selain ada kesan umpil pada pintu rumahnya.
Malah, dia mendakwa melihat objek mencurigakan menyerupai sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/28/125433h4proigoin6il6oi.jpg) Kredit foto: FB
Apa dah jadi ni Badrul sampai isteri dakwa pecah rumah dan bawa lari anak? - CARI |