|
Heboh di laman Facebook menerusi hantaran pengunjung pesta ria atau fun fair Jerantut berhubung insiden sangkar buaian dipercayai skru pengikatnya rosak dan terus jatuh yang nyaris mengancam nyawa anaknya serta pengunjung yang menaiki alat permainan tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 9 hingga 10.30 malam tadi menyebabkan suasana kecoh dan jeritan orang ramai khususnya ibu bapa yang melihat beberapa buah ‘sangkar’ jatuh memuatkan pengunjung termasuk kanak-kanak ketika buaian berpusing. Pengunjung yang juga penjaga kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Eintan Ejam berkata, dia cemas melihat anak-anaknya hendak jatuh dalam buaian berpusing itu.
Katanya, dia juga cemas apabila sangkar itu terbalik dan cuba menenangkan tiga anaknya yang menjerit dan menangis ketakutan. Menerusi hantaran dalam Facebooknya, Eintan Ejam berasa kecewa dan marah dengan tindakan sambil lewa pihak pengurusan permainan buaian itu serta tidak endah dengan keselamatan pengunjung khususnya anak-anak. Dia menasihatkan ibu bapa dan pengunjung supaya berhati-hati ketika memasuki pesta ria berkenaan berasaskan kejadian yang menimpa anaknya nyaris hendak jatuh daripada buaian yang berpusing itu. Kredit video: YouTube/TikTok Rata-rata kenalan Eintan Ejam dan netizen meminta supaya permainan di fun fair berkenaan ditutup bagi mengelakkan risiko keselamatan pengunjung terutamanya kanak-kanak. Ada netizen memberitahu peralatan yang dipasang pada buaian itu merupakan besi buruk yang digunakan sejak 1990-an dan daif malah tidak sesuai lagi untuk digunakan sebagai permainan. Netizen juga kecewa kerana pihak pengurusan tidak mementingkan aspek keselamatan serta gagal membuat pemeriksaan rapi sebelum alat permainan itu beroperasi untuk pengunjung. Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, pihaknya kesal kerana pemilik fun fair berkenaan tidak bertanggungjawab membenarkan orang awam menaiki besi buruk yang mengundang risiko keselamatan mereka. “Orang Jerantut sepatutnya jangan masuk fun fair yang membazirkan duit dan berbahaya pula serta penduduk masih tidak serik-serik. "Terbukti fun fair tidak diselenggara dengan sempurna malahan (besi) lapuk dan berkarat. Pengendali buat tidak tahu serta tidak mahu bertanggungjawab,” katanya menerusi hantaran laman sosial FB Cikgu Izzat Johari. Sumber: UTUSAN ONLINE
|

+ ramai parents yg biarkan aje anak2 naik n dorang tunggu kat bawah..
matchstick replied at 27-12-2021 08:33 PM
iye lah..aku pun teringat pasal banjir je bila disebut daerah2 dkt negeri pahang nih. elok je diorg ...
ketupatnasi replied at 27-12-2021 08:19 PM
Gambar tu betul ke gambar hiasan? Nape aku macam dejavu penah tgk gambar tu lama dulu...

ADVERTISEMENT