CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3805|Reply: 30

"Orang Jerantut Tak Serik!" - Anak Menjerit-jerit ‘Sangkar’ Buaian Fun Fair Jatuh

[Copy link]
Post time 27-12-2021 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Heboh di laman Facebook menerusi hantaran pengunjung pesta ria atau fun fair Jerantut berhubung insiden sangkar buaian dipercayai skru pengikatnya rosak dan terus jatuh yang nyaris mengancam nyawa anaknya serta pengunjung yang menaiki alat permainan tersebut.


Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 9 hingga 10.30 malam tadi menyebabkan suasana kecoh dan jeritan orang ramai khususnya ibu bapa yang melihat beberapa buah ‘sangkar’ jatuh memuatkan pengunjung termasuk kanak-kanak ketika buaian berpusing.




Kredit foto: TikTok EintanEjam




Pengunjung yang juga penjaga kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Eintan Ejam berkata, dia cemas melihat anak-anaknya hendak jatuh dalam buaian berpusing itu.


Katanya, dia juga cemas apabila sangkar itu terbalik dan cuba menenangkan tiga anaknya yang menjerit dan menangis ketakutan.


Menerusi hantaran dalam Facebooknya, Eintan Ejam berasa kecewa dan marah dengan tindakan sambil lewa pihak pengurusan permainan buaian itu serta tidak endah dengan keselamatan pengunjung khususnya anak-anak.


Dia menasihatkan ibu bapa dan pengunjung supaya berhati-hati ketika memasuki pesta ria berkenaan berasaskan kejadian yang menimpa anaknya nyaris hendak jatuh daripada buaian yang berpusing itu.





Kredit video: YouTube/TikTok



Rata-rata kenalan Eintan Ejam dan netizen meminta supaya permainan di fun fair berkenaan ditutup bagi mengelakkan risiko keselamatan pengunjung terutamanya kanak-kanak.


Ada netizen memberitahu peralatan yang dipasang pada buaian itu merupakan besi buruk yang digunakan sejak 1990-an dan daif malah tidak sesuai lagi untuk digunakan sebagai permainan.


Netizen juga kecewa kerana pihak pengurusan tidak mementingkan aspek keselamatan serta gagal membuat pemeriksaan rapi sebelum alat permainan itu beroperasi untuk pengunjung.


Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, pihaknya kesal kerana pemilik fun fair berkenaan tidak bertanggungjawab membenarkan orang awam menaiki besi buruk yang mengundang risiko keselamatan mereka.








“Orang Jerantut sepatutnya jangan masuk fun fair yang membazirkan duit dan berbahaya pula serta penduduk masih tidak serik-serik.


"Terbukti fun fair tidak diselenggara dengan sempurna malahan (besi) lapuk dan berkarat. Pengendali buat tidak tahu serta tidak mahu bertanggungjawab,” katanya menerusi hantaran laman sosial FB Cikgu Izzat Johari.




Sumber: UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu satu.. byknya dugaaann.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 05:25 PM | Show all posts
Tak perlulah gigih nak naik benda ni kat fun fair sebab ciri2 keselamatannya amat diragui.  Baru2 ni sampai ada yang hilang nyawa di fun fair juga.  Benda asyik dipasang buka pasang buka amatlah merbahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 05:48 PM | Show all posts
tahun 80an-90an dulu boleh la main funfair ni... sekarang tak berani...seram rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 06:05 PM | Show all posts
dulu seronok main kat fun fair..tapi skang bila pi sedih nengok barang2 banyak yang buruk,berkarat dan uzur
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la main bende2 ni jat funfair
Pi je main tikam2 dpt la anak patung ke apa nama ntah tu
Takde la bahayakan nyawa pun
Cuma bahayakan poket je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..tauke funfair carilah bisnes lain..and yg lain cari fun kat tempat selamat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
funfair kan perlu kelulusan jkkp. jkkp luluskan ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:49 PM

...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 08:02 PM | Show all posts
Igt zmn study dlu rajin naw p fun fair yg kt pdg jawa. Nek menda alah ni patu saja goyang2. Kwn tu gayat. Hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ingat buaian kat funfair tu antara mainan paling selamat tapi x. Sebab kadang berpusing laju bukan main lagi + ramai parents yg biarkan aje anak2 naik n dorang tunggu kat bawah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar tu betul ke gambar hiasan? Nape aku macam dejavu penah tgk gambar tu lama dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor...baru je lepas hujan banjir..yg sibuk nak main funfair tu naper?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 08:33 PM | Show all posts
iye lah..aku pun teringat pasal banjir je bila disebut daerah2 dkt negeri pahang nih. elok je diorg boleh pegi main funfair. dh tak hujan ke kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lah besi lama tambah lg dgn lama tersadai pkp 2 tahun..org yg uruskn pon ntah2 dh berhenti lama x leh cari mkn..tu yg main pasang je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 11:35 PM | Show all posts
matchstick replied at 27-12-2021 08:33 PM
iye lah..aku pun teringat pasal banjir je bila disebut daerah2 dkt negeri pahang nih. elok je diorg  ...

Alhamdulillah hari ni cuaca cerah elok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu slalu naik bnda ni kt pesta png.. sbb dkt rumah. Rsa pernah jgk jd kes cmni kt ctu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang bukan sengaja nak jadi control freak
Tapi bab2 safety apatah lagi yg melibatkan nyawa
X sanggup hidup dalam keadaan menyesal dan bersalah kot

X yah lah gigih bebenor
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 03:24 AM | Show all posts
ketupatnasi replied at 27-12-2021 08:19 PM
Gambar tu betul ke gambar hiasan? Nape aku macam dejavu penah tgk gambar tu lama dulu...

Rasa macam dejavu sebab pernah tengok dalam Senario The Movie kot




Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak penah berani aihh naik menda gini sebagai peminat pilem Final Destination menda alah ni antara yg iols tak berani naik termasukla kete kabel ke apa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.113839 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list