CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Tubuh Terlipat Dihempap Kereta Sendiri Lepas Tercampak Keluar

27-12-2021 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3489| Komen: 16

Seorang lelaki meninggal dunia ekoran kenderaan dipandunya terbabas dalam kejadian di Jalan Kampung Malampoi, Batu 48, berhampiran Ladang Sawit Felcra, Nabawan, pagi tadi.


Mangsa, Putera Azzalie Sulayul, 25, yang memandu Proton Wira Aeroback, dilaporkan tercampak keluar sebelum dihempap kenderaannya sendiri dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.39 pagi

“Sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan berkenaan.


“Pasukan operasi sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa tersepit di bahagian luar kenderaannya dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.28 pagi. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-12-2021 03:27 PM
Allahuakbar..ngerinya..
Quote Adrif 27-12-2021 04:32 PM
ya Allah..
Quote sukacactus 27-12-2021 04:37 PM
Terkejut tgk pic
Tercampak sebab xpakai seatbelt agaknya
Quote SayaSayangMama 27-12-2021 04:45 PM
Kejadahnya tunjuk gmbar
Quote Artemesiaa 27-12-2021 04:46 PM
Amat mengerikan
Quote tripleid 27-12-2021 05:02 PM
Pasangkan sabut pengaman ya pak tiap kali memandukk!
Quote Plain-tif 27-12-2021 06:33 PM
Ngerinya sampai terlipat
Quote djzara81 27-12-2021 06:49 PM
Ishhh kalo ye pon pixelated gambo tu biarlah penuh..ni nmpk separuh bdn terlipat. Serammm. Semoga arwah diampunkan dosa2nya.
Quote auntieagony 27-12-2021 06:58 PM
Innalillahi wainna ilaihi rajiun
Quote Babai 27-12-2021 07:01 PM
sukacactus replied at 27-12-2021 04:37 PM
Terkejut tgk pic
Tercampak sebab xpakai seatbelt agaknya

Rasanya itulah sebabnya.
Quote Cik_jantung 27-12-2021 08:26 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:29 PM

Innalillah.
Quote Jitu 27-12-2021 11:52 PM
takziah

ngerinya gambar tu
Quote airfilterkotor 28-12-2021 12:32 AM
Buat ibubapa yg suka duduk depan sambil pangku anak, amiklah ikhtibar dari gambar tersebut.

Kenderaan mahal mana pun kalau dah start melambung dan berpusing, centrifugal forces itu benar.  




Quote Rogue98 28-12-2021 12:37 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun...ngeri nye..menyesal tengok pic...
Quote Shazid 28-12-2021 07:34 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun...Alfatihah dan takziah utk keluarga arwah
Quote domestobot 28-12-2021 07:49 AM
ni patut jadi pengajaran kat sesiapa yang masih taknak pakai seat belt. tak selesa lah, lagi suka tercampak keluar dari kereta kalau accident lah. ingat muka berlanggar dengan cermin depan tu sedap ke bila tercampak keluar? pastu boleh jamin ke landing cantik bergaya macam Iron Man landing?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.101821 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top