CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Kesunyian Minta Suami Cari Madu, Bulan Ni Lengkap Kuota!

27-12-2021 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5856| Komen: 77

Poligami merupakan antara perkataan paling digeruni dan amat sensitif terutama buat golongan wanita.

Realitinya, seandainya barang pun kadangkala kita tidak gemar untuk berkongsi, apatah lagi apabila ia melibatkan seorang suami.



Wary ketika berkahwin dengan isteri keempatnya.

Namun, berbeza dengan wanita ini yang memiliki bukan satu tapi tiga orang madu.

Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi, 31, ini mengakui, walaupun terkesan, sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan mereka.


"Perasaan tu tak dapat dinafikanlah, memang tak ada yang sanggup nak bermadu tapi masing-masing dapat bertolak ansur demi kebahagiaan dan business masing-masing.

"Yang penting suami kena berlaku adil dan kasih sayang juga perlu sama rata," katanya.


Mimi (kiri sekali) merupakan isteri pertama.

Mimi yang merupakan isteri pertama berkata, kesunyian yang dirasai setiap kali suaminya bertugas di luar kawasan menyebabkan dia meminta suaminya itu untuk mencarikannya madu.

"Saya yang suruh suami cari madu sebab saya nak ada teman dan yang paling penting wife kedua sebenarnya adalah BFF (best friend forever) saya pada asalnya.

"Lelaki jarang nak lepaskan peluang macam ni kan, tapi ada la syarat yang tertentu," katanya, namun bagaimanapun tidak ingin berkongsi antara syarat yang ditetapkan kerana terlalu peribadi.

Terdahulu, perkongsian Mimi yang turut sama dalam majlis pernikahan madunya yang keempat tular di laman TikTok.

Menurut Mimi, perkahwinan keempat suaminya itu yang berlangsung pada 21 Disember lalu mendapat restu ketiga-tiga 'isteri tua'.

"Bila dia beritahu nak kahwin yang kedua dan lain-lain saya boleh terima sebab saya bersetuju, saya tak kisah pasal bermadu asalkan dia adil, tak curang dan kalau dia mampu tak salah.

"Jadikan madu-madu ni sebagai kawan atau adik beradik baru la dapat rasa kemanisan madu tu," katanya sambil menambah bahawa keempat-empat mereka berasal dari Kelatan, dan menetap di rumah yang berbeza.

Selain Mimi, suaminya, seorang kontraktor yang hanya ingin dikenali sebagai Wary, turut berkahwin dengan Rina, 26, Anis, 25 dan Tiha, 25.

Kesemua mereka menjalankan perniagaan yang berbeza secara kecil-kecilan.

Menurut Mimi yang berkahwin pada tahun 2014, mereka kini mempunyai dua orang cahaya mata, iaitu anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun serta seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun, hasil perkahwinan Wary dengan dengan isteri keduanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-12-2021 03:15 PM
pompuan ni mesti ingat adil dalam layan kehendak sex kan & kongsi kasih sayang????
adil segi nafkah, perbelanjaan, rumah, tempat tinggal, perlindungan, waris, ibu bapa mertua, aihhh banyak lagi la nak diadilkan.
ni mesti banyak sangat tengok drama sampah. mulut kata ok, tapi hati meronta2 nangis dalam masa sama fantasi kaulah watak utama novel & drama sampah. puihhhh
Quote Hizert 27-12-2021 03:51 PM
spesis rare nih...untong naseb masing2.
Quote alzan 27-12-2021 03:58 PM
betul ke laki ni mampu. pendapatan cukup ke nak tampung 4 org isteri tu
kalau buat giliran 4 org tu dlm seminggu ada yg cuma dpt bermlm sehari je dgn suami dia
Quote KIM.K 27-12-2021 04:05 PM
Hizert replied at 27-12-2021 03:51 PM
spesis rare nih...untong naseb masing2.

Cula buaya tu
Merah mata bini keluar bilik
Quote Suchi 27-12-2021 04:17 PM
Bini sorang pun laki takde masa nak layan tiber boleh lak bini suh kawen lagi amende laaa
Kalau laki tak mampu nak teman ko selalu patut ko la kawen lain.
Biar suami yg lain tu teman ko selalu.

Yg madu2 lain tu semua umur muda lagi tp syg sungguh persiakan diri jd bini bernombor
Quote Friska 27-12-2021 04:22 PM
Alhamdulillah, saya pengennya kayaq ini. Rumah tangga aman damai bersama madu. 2 tiri saya akrab banget sama saya, bisa jadi karena usia mereka ndak jauh beda dari saya, cuman selisih 4 dan 6 tahun. Mereka ndak sabar nunggu saya melahirkan anak pertama, karena mereka pengen sekali punya adik .
Quote susukambingbest 27-12-2021 04:27 PM
Untung la lakinya dpt come2 blaka. Tp kan mmmm hrp btul la bff bkn (fikir sndiri)
Quote lipans 27-12-2021 04:35 PM
mampu ke nak tanggung 4 keluarga tu? Ke semua sumbat dalam satu rumah? Anak-anak lagi.

Mampu ke nak beraksi setiap hari? walaupun konsisten beri air seorang sehari, setiap bini akan tak dapat air 3 hari tau. Kalau miss sekali, 7 hari dia tak dapat air.
Quote anakmak 27-12-2021 04:47 PM
Jangan lupa update dek mimi utk 5 tahun lagi
Quote Adrif 27-12-2021 04:53 PM
ahli kayangan mungkin

kawen orang biasa takut duit dibawa terbang

jadi kawen dengan geng-geng bisnes jugak. diorang je paham kerenah bisnesman, aa gitu husnuzon

kalau versi tak husnuzon,
tenaga laki dia power sangat, diorang terpaksa sep tangan macam WWE
Quote prince_marhaen 27-12-2021 04:55 PM
cikki-cikki sekarang ramai je yang kinky begini.... asal berlaki kaedahnya... untung hok jatey cula menjadi rebutan...
Quote airfilterkotor 27-12-2021 04:59 PM
Esok abang pegi ride dgn kengkawan jangan lupa angkut bini bini sekali.
Quote Normabaru 27-12-2021 07:00 PM
Entah nape kaka rasa depa ni jns trisam forsam..sskjp kan buas2 hahaa
Quote slavehunter 27-12-2021 07:09 PM
Big yikes.
Quote pinksarah 27-12-2021 07:10 PM
Normabaru replied at 27-12-2021 11:00 AM
Entah nape kaka rasa depa ni jns trisam forsam..sskjp kan buas2 hahaa

uiks..

buas2 pulak..hahahaha

auummm!
Quote Normabaru 27-12-2021 07:17 PM
pinksarah replied at 27-12-2021 09:10 PM
uiks..

buas2 pulak..hahahaha

No offense tp set2 birah xmalu Gersang segala byk Mai Dr Sana..tgk jela dsv bini caprice jah bubi etc sakannnn jual diri kt socmed..negeri lain Pon rmi birah tp xseteruk serambi mekah..sbb tu banjir n krisis air xsettle?#eh
Quote pinksarah 27-12-2021 07:22 PM
Normabaru replied at 27-12-2021 11:17 AM
No offense tp set2 birah xmalu Gersang segala byk Mai Dr Sana..tgk jela dsv bini caprice jah bubi  ...

none taken..

hahaha..

cumanya merujuk kpd isu tajuk, mmg auuummm la tu..

i wonder, laju gak la air mamat neh dah setiap hari tukar2 bini kan..

tak penat ke?

makan ubat kuat ke bela saka?



dah la bini muda2..

hahahahahaha
Quote Normabaru 27-12-2021 07:25 PM
pinksarah replied at 27-12-2021 09:22 PM
none taken..

hahaha..

Sebab tu kaka speku trisam forsam terus kira adil la kan..adil smpi atas katil gittewww
Quote Minami2013 27-12-2021 07:29 PM
Lelaki jgn diberi green light.. mmg pasti nye menambah. Nasib ada kuota 4 je.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.133330 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top