Berbeza minta dengan kanak-kanak seusianya, Ruby McLellan memilih untuk membeli rumah pada usia hanya enam tahun.
Keputusannya ternyata mengejutkan banyak pihak kerana pada usia semuda itu dia sudah mahu memilik aset. Ruby bersama abangnya, Gus menyimpan wang sejak kecil hasil daripada melakukan pelbagai pekerjaan termasuk membantu bapanya menjual buku. Hasil simpanan itu membolehkan mereka membeli lot tanah yang sudah mempunyai rumah tetapi belum siap dibina. "Nama saya Ruby dan berusia enam tahun. Kini saya dalam proses untuk membeli rumah pertama," katanya kepada agensi berita 7News.
Bapanya, Cam McLellan seorang pakar hartanah mendedahkan setiap anaknya menyimpan AS$2,000 (kira-kira RM8,400) untuk pembelian tanah dan rumah itu. Mereka kini sedang membina sebuah rumah di atas satu lot tanah di Clyde, tenggara Melbourne, dengan kos AS$671,000 (kira-kira RM2.8 juta). McLellan menjangkakan nilai hartanah di kawasan itu akan meningkat menjadi dua kali ganda nilai asal dalam tempoh 10 tahun. Pasaran hartanah Australia yang meningkat mendadak menyebabkan ibu bapa khuatir anak mereka kelak tidak mampu memiliki rumah sendiri apabila dewasa. Secara purata, harga rumah dianggarkan bernilai AS$1 juta (kira-kira RM4.4 juta). Harga rumah di Melbourne meningkat secara purata 19.5 peratus, dalam tempoh beberapa tahun lalu. Harga purata sebuah rumah pula dianggarkan berharga AS$953,000 (kira-kira RM4 juta). Sumber: Harian Metro
|
saya dalam proses untuk membeli rumah pertama
imanjannah replied at 24-12-2021 09:36 PM
adakah dia terinspirasi dengan mak mentua abg misai kontot
kakikuDibibirmu replied at 24-12-2021 09:45 PM
Menabung:
kakikuDibibirmu replied at 24-12-2021 09:45 PM
Menabung:
ADVERTISEMENT