CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penggali Kubur Terkejut Jumpa Patung 'Dikafankan'

24-12-2021 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3714| Komen: 27

Penduduk sebuah kampung di wilayah Sulawesi Selatan gempar apabila menemui lima patung kecil dibungkus dengan kain kafan di sebuah kawasan perkuburan, lapor Suara.com.


Bukan itu sahaja, patung tersebut turut dicucuk dengan berpuluh-puluh batang jarum dipercayai bertujuan untuk menyihir.


Kredit foto: Suara.com/Istimewa

Berdasarkan sebuah klip video dimuat naik seorang pengguna Facebook, Lia Narliah, patung tersebut ditemui seorang penggali kubur ketika ingin menggali tanah bagi mengebumikan jenazah penduduk kampung.

Bagaimanapun, ketika baru mula mencangkul, dia terkejut apabila menemui lima  patung menyeramkan itu yang dibungkus dengan kain kafan serta dicucuk dengan jarum.




“Penggali kubur menemui lima patung yang kelihatan sama ketika baru mula menggali.

“Berdasarkan keadaannya, patung-patung itu kelihatan seperti sudah lama ditanam. Kain kafan tersebut juga kelihatan telah buruk,” ujar Lia.

Patung tersebut kemudiannya diletakkan di dalam sebuah kotak dan akan ke balai polis sebelum dibakar oleh penduduk kampung.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 24-12-2021 12:57 PM
Sihir ilmu hitam ni dr zmn nabi smpai la ni menjadi warisan turun temurun
Jgn kata nabi tk pernah kena sihir
Quote me12345 24-12-2021 01:14 PM
Rajin benor nk sihir org..heran jugak takde ke nk sihir pemimpin israel etc...tanya
Quote Shazid 24-12-2021 02:30 PM
Yg suka sihir ni x ingat mati ke??
Quote Zazama 24-12-2021 02:35 PM
Sedap nau menyihir org. Bersedialah dgn jawapan saat Allah tanyakan nanti!
Quote damian_lee 24-12-2021 03:57 PM
sikit2 sihir ..... ishh meluat aku dengan orang2 mcm ni ....
Quote shi_jewel 24-12-2021 04:08 PM
antara banyak2x sihir, yang mana paling susah disingkirkan?

iol dengar thailand yg susah dibuang kan?

harap dijauhi semuanya.
Quote copy_paste 24-12-2021 04:11 PM
me12345 replied at 24-12-2021 01:14 PM
Rajin benor nk sihir org..heran jugak takde ke nk sihir pemimpin israel etc...tanya

jauh sgt,bayaran mahal,
mungkin bayar dengan darah,abis la kering darah
Quote copy_paste 24-12-2021 04:13 PM
shi_jewel replied at 24-12-2021 04:08 PM
antara banyak2x sihir, yang mana paling susah disingkirkan?

iol dengar thailand yg susah dibuang ka ...

selalu dengar thai,asli,indon yg power2... sbb diorg masih amalkan
Quote shi_jewel 24-12-2021 04:17 PM
copy_paste replied at 24-12-2021 04:13 PM
selalu dengar thai,asli,indon yg power2... sbb diorg masih amalkan

kan...tgk movie diorang baca mantera pun dah seram.

lagi satu, turki...bukan main lagi insyaallah ke hulu ke hilir, tapi amal sihir.
Quote Adrif 24-12-2021 05:51 PM
Shazid replied at 24-12-2021 02:30 PM
Yg suka sihir ni x ingat mati ke??

masa duduk area rumah lama dulu. ada orang-orang kampung, sihir-sihir, tokmoh, jin, asap, kemenyan, telur, daun sireh, sikit-sikit nak berubat lah, ibarat macam pegi jalan-jalan ke 7 Eleven je bagi diorang  
ada orang yang memang tak rasa apa main2 benda ni. mula2 takut dengan diorang, lama2 naik menyampah
tokmoh pulak memang kaya la ceritanya. 30 minit mengubat orang, dapat cas minimum RM50 wey. orang bagi lebih pun ramai. beratus2 bagi tokmoh tu. dari orang biasa, sampai la orang berjawatan tinggi. dari Sabah Sarawak pun gigih datang mengubat. LHDN nak serbu camane

mati? nak takut mati macam mana bila dah bertuhankan duit
bila nafsu amarah, dendam, dengki menguasai diri, tak ingat dah dosa pahala, asalkan orang yang dia tak suka tersungkur

supply and demand tinggi  
Quote TOPwind 24-12-2021 06:11 PM
makadek replied at 24-12-2021 12:57 PM
Sihir ilmu hitam ni dr zmn nabi smpai la ni menjadi warisan turun temurun
Jgn kata nabi tk pernah ke ...

tapi kenapa yg membunuh org islam tidak disihir

atau yg dirikan kuil haram- sihir jelah  

atau tongkang yg yg keji islam
Quote Decaffeinated 24-12-2021 08:54 PM
TOPwind replied at 24-12-2021 06:11 PM
tapi kenapa yg membunuh org islam tidak disihir

atau yg dirikan kuil haram- sihir jelah  

sebab sihir ni propa ja


Quote keane.somewhere 24-12-2021 09:04 PM
Decaffeinated replied at 24-12-2021 08:54 PM
sebab sihir ni propa ja

Sirhie ni wujud...tengok YouTube Kang Ujang Bustamim
Quote djzara81 24-12-2021 10:10 PM
Sihir is real okay. Nabi Musa tewaskan ahli sihir Firaun dgn izin Allah, Nabi Muhammad sendiri disihir org Yahudi. Yg tak percaya sihir, one day kalo terkena kat batang hidung sendiri, pi cari doctor for rawatan.
Quote green~tea 25-12-2021 12:12 AM
me12345 replied at 24-12-2021 01:14 PM
Rajin benor nk sihir org..heran jugak takde ke nk sihir pemimpin israel etc...tanya

Iols penah dengar.. orang cerita la... sihir ni takleh rentas laut... so biasa yang disihir ni orang dekat2 je
Quote green~tea 25-12-2021 12:15 AM
shi_jewel replied at 24-12-2021 04:17 PM
kan...tgk movie diorang baca mantera pun dah seram.

lagi satu, turki...bukan main lagi insyaallah ...


Diorang byk pengaruh pagans kot eh.. mcm kita ASEAN culture ni byk pengaruh animisme.. kalo japanese tu pun byk puja2 roh...


Homai, setiap culture ada lah sihir dan pemujaan ni
Quote tumpanglalu74 25-12-2021 01:34 AM
images.jpg
Quote kakikuDibibirmu 25-12-2021 01:35 AM
tumpanglalu74 replied at 25-12-2021 01:34 AM

Abang dah bagi anak kita panadol dah
Quote tumpanglalu74 25-12-2021 01:37 AM
kakikuDibibirmu replied at 25-12-2021 01:35 AM
Abang dah bagi anak kita panadol dah

Dia ke cakap?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038287 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top