CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Beli Belah Di Setia Alam Gempar Kereta Di Parkir Terbakar

23-12-2021 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3368| Komen: 6

Suasana di sebuah pusat beli belah di Setia Alam gempar apabila sebuah kereta terbakar di parkir premis itu, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu melibatkan Proton Waja yang dipercayai mengalami kebakaran pada bahagian enjin.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi disertai sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik.



“Setibanya di lokasi, anggota kita bersama sebuah jentera bomba segera memadamkan kebakaran itu. Ia melibatkan 40 peratus kebakaran dan berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi malam tadi.


Tambah Norazam, kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan pemandunya sempat keluar dari kereta tersebut.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 49 saat memaparkan beberapa individu sedang memadamkan kebakaran kereta itu dengan menggunakan alat pemadam api. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-12-2021 01:22 PM
Kereta dah lama pasti ada masaalah pedawaian
Quote Yunbin 23-12-2021 03:52 PM
Dekat SCM ke?
Quote AKAZ85 23-12-2021 05:24 PM
Macam kat lotus je.. Tengok baju staff tu baju lotus
Quote TeropongThaico 23-12-2021 09:27 PM
Siannya tgh syok2 shopping jd camni pula
Quote Yunbin 24-12-2021 12:20 AM
AKAZ85: Macam kat lotus je.. Tengok ba ...


Ohh tak terfikir pulak lotus..nasib baik tak de mangsa cedera ke apa
Quote cicikwani 24-12-2021 08:56 AM
sekarang memang kereta mudah terbakar ke macam mana??? kereta aku pun terbakar bulan 9 hari tu... saga blm... terbakar masa tengah parking at opis...  memang parking dari pagi... dalam setengah jam lagi nak balik, dengar diaorang kecoh-kecoh bagitau ada kereta staff terbakar... aku gi intai kat tingkap, rupa-rupanya kereta aku yang terbakar... habis bahagian enjin... total lost... nasib baik tak sempat merebak sampai ke tangki minyak... kalau tak, opis pun terbakar sama sebab parking betul-betul tepi bangunan pejabat...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.062277 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top