Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid menitipkan harapan kepada kerajaan untuk melakukan perancangan sewajarnya berikutan hanya menteri dapat meluluskan sesuatu perkara untuk bergerak pada peringkat seterusnya.
Menerusi Instastory, Sheila menyifatkan rakyat di negara ini akan bersatu padu apabila musibah berbanding ahli politik yang hanya bersatu apabila tibanya musim pilihan raya. Tambahnya lagi, dia mencadangkan kepada pihak terlibat untuk mewujudkan pasukan petugas yang terdiri dari pakar yang arif menguruskan krisis negara selain mengerahkan tentera untuk tenaga kerja mencari dan menyelamatkan mangsa banjir yang masih terkandas.
Selain itu, Sheila turut berkata mangsa banjir ketika ini tidak memerlukan wang namun memerlukan bantuan daripada orang ramai yang kekurangan pelbagai sumber kelangsungan hidup. Sumber: Murai
|
LadyCarefree replied at 22-12-2021 09:58 PM
Bising ah nenek ni
asudau replied at 23-12-2021 07:43 AM
time nak mengundi la, baru nampak muka bakal YB dan ahli2 politik
exclusive_vvip replied at 22-12-2021 05:18 PM
sapa kata mangsa banjir x perlukan wang? Diorg byk nak pakai duit pasca banjir acik sheila wehhh..sb ...
ADVERTISEMENT