Bekas model Versace mengakui masih mempunyai bentuk badan menarik pada usia 55 tahun kerana meminum air kencing sendiri setiap hari.
Troy Casey dari Arizona, Amerika Syarikat turut mendakwa menyapu air kencing pada kulitnya selama hampir dua dekad, lapor Daily Star. Selain meminum air kencing sendiri dan menyapunya pada kulitnya sejak 17 tahun lalu, dia turut berpuasa air kencing selama seminggu dan menyapu air tersebut di bahagian dubur. Dakwanya, amalan minum kencing setiap hari merupakan punca fizikalnya menjadi lebih menarik.
Troy pernah menjadi model untuk jenama fesyen terkenal seperti Versace sebelum menjadi jurulatih kehidupan dan kerohanian. "Terapi air kencing merupakan amalan kuno dan ia tidak banyak diperkatakan. "Kencing anda sendiri penuh dengan asid amino, sel stem dan antibodi. "Saya minum air kencing saya sendiri setiap pagi. Menyapu air kencing merupakan salah satu cara membuatkan perut saya menjadi kempis," kata Troy. Sumber: mStar
|
kotakbaju replied at 22-12-2021 05:01 PM
Pic pokcik waktu muda ke ni
ADVERTISEMENT