CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Kena Himpit, Penunggang Motor Pukul Cermin Kereta Myvi

21-12-2021 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3226| Komen: 28

Kota Bharu: Berang motosikal ditunggang mereka dihimpit, seorang lelaki dilaporkan memukul cermin kereta pengguna jalan raya dengan topi keledar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 11 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat Jalan Lundang.

Aksi berkenaan sempat dirakamkan oleh pengguna jalan raya lain sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian pengadu yang berusia 31 tahun memandu Perodua Myvi bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam perjalanan untuk pergi berniaga.



"Sebaik tiba di Jalan Lundang, dia didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali menunggang dua motosikal.

"Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, seorang daripada suspek memukul cermin sisi kiri bahagian belakang kereta mangsa dengan topi keledar.

"Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan hampir menghimpit motosikal yang dinaiki kumpulan suspek sebelum mereka mengekori kereta mangsa sehingga berhenti di lampu isyarat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa mahupun kerosakan terhadap kereta milik mangsa.

Katanya, beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan.

"Usaha mengesan dan menangkap semua suspek yang terbabit sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 279 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Terdahulu dua video masing-masing berdurasi 36 dan 37 saat berkaitan kejadian tular sejak semalam.

Rakaman itu memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal memukul cermin kereta seorang pengguna jalan raya dengan topi keledar dalam keadaan kenderaan masing-masing bergerak dan kelihatan kereta jenis Perodua Myvi cuba menghimpit motosikal.

Rakaman video kedua pula menunjukkan tindakan sama dilakukan sebaik berhenti di persimpangan lampu isyarat dan seorang lagi penunggang motosikal yang dipercayai rakannya turut mendekati kereta itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 21-12-2021 12:39 PM
Penunggang motor ramai yg bodo2...driver kereta terpaksa pulak jaga keselamatan mereka sedangkan mereka menunggang mcm khinzir...
Quote Juhasniza 21-12-2021 12:43 PM
noor2 replied at 21-12-2021 12:39 PM
Penunggang motor ramai yg bodo2...driver kereta terpaksa pulak jaga keselamatan mereka sedangkan mer ...

Baca tajuk je ka?

"Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan hampir menghimpit motosikal yang dinaiki kumpulan suspek sebelum mereka mengekori kereta mangsa sehingga berhenti di lampu isyarat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Quote Decaffeinated 21-12-2021 12:47 PM
penunggang motor marahkan pemandu kereta

pemandu kereta marahkan pemandu trak

Quote noor2 21-12-2021 12:49 PM
Juhasniza replied at 21-12-2021 12:43 PM
Baca tajuk je ka?

Selalu aku kena dab penunggang motor ni ikut tepi kereta...tah betul tah tidak kereta tu sengaja menghimpit...
Quote Juhasniza 21-12-2021 12:51 PM
noor2 replied at 21-12-2021 12:49 PM
Selalu aku kena dab penunggang motor ni ikut tepi kereta...tah betul tah tidak kereta tu sengaja m ...

Entah btl entah tak cerita kau. Reka je ikut sedap mulut nk tunjukkn kau jgk btl
Quote bottombikini 21-12-2021 12:52 PM
sama je tu konsep bertemu buku 2x4 = 8

yg moto ni pun jenis noreen, suka sangat mengekor kereta kadangnya
pastu pinpinpin belah kiri sbb dia nak laluuuu jugak

Quote DARSITA 21-12-2021 12:57 PM
Bawa kereta dalam kL sangat menakutkan. tetiba motor mecilok tetiba kereta pulak masuk line kita ... aiya  so nervous. Dah lah kereta kecik kecik main himpit ikut suka hati dia orang jer.
Quote Skuau 21-12-2021 01:12 PM
xde video...'no komen'
Quote iman_kasih 21-12-2021 01:14 PM
Budus...ko maki je dah la. Tak pasal2 kena siasat.
Quote Jitu 21-12-2021 02:41 PM
aku pernah kena jugak
sbb aku keluar simpang tiba2 tak tengok dah
tp aku angkat tangan sambil cakap sori terus bro tu tak jd marah
Quote zehra2 21-12-2021 02:44 PM
bapak aku ajar kalo drive, mengalah je dgn penunggang motor.. tak kisah laa rempit  ke  tidak.
sbb depa mudah jatuh.. kot dah jatuh, byk lg kejadian lain yg kita tk nk  terjadi.
Quote Aliaskotonggo 21-12-2021 03:02 PM

memang ramai yg bodo. bawak mcm org gila Pastu kata kereta himpit, celah2 kereta tu dah diregister jadi jalan bapak diorg..... kalau perangai baik mana ada nak pecah2kan, ketuk2 cermin org

Quote Aliaskotonggo 21-12-2021 03:03 PM
noor2 replied at 21-12-2021 12:39 PM
Penunggang motor ramai yg bodo2...driver kereta terpaksa pulak jaga keselamatan mereka sedangkan mer ...

setuju, walaupun juhasniza tak setuju
Quote mikasa 21-12-2021 03:09 PM
zehra2 replied at 21-12-2021 02:44 PM
bapak aku ajar kalo drive, mengalah je dgn penunggang motor.. tak kisah laa rempit  ke  tidak.
sbb d ...

Nasihat terbaik. Selagi takda menda apa berlaku .tak payah nak timbulkan masalah. Not worth .baik teruskan perjalanan
Quote noor2 21-12-2021 03:55 PM
Aliaskotonggo replied at 21-12-2021 03:03 PM
setuju, walaupun juhasniza tak setuju

Aku rasa dia penunggang motor tersebut...
Quote chandrahusin 21-12-2021 03:57 PM
zehra2 replied at 21-12-2021 02:44 PM
bapak aku ajar kalo drive, mengalah je dgn penunggang motor.. tak kisah laa rempit  ke  tidak.
sbb d ...

bagus pesanan ni
terima kasih kongsi
mmg selalu sakit hati
bila bagi signal nak memotong je
mesti kena hon siap dgn lagi bertambah laju
motor2 ni

Quote bulalof 21-12-2021 04:04 PM
kalau boleh mengalah di jalan raya itu lebih baik utk elakkan kejadian buruk.
Quote KamikuP 21-12-2021 04:38 PM
Meolls akan mengalah pada motor, bas lori dan tanker di hiway yaa
Quote Juhasniza 21-12-2021 07:14 PM
Mesti yg pandu kereta tu kaki carut forum... sbb tu bodoh nk mampus

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.150574 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top