CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis 17 Tahun Upah Orang Rogol, Bunuh Kawan Sendiri Angkara Dendam

17-12-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4110| Komen: 24

Baru berusia 17 tahun, remaja perempuan tergamak merancang pembunuhan rakan sendiri angkara dendam. 

Lebih mengejutkan apabila suspek mengupah buruh binaan untuk melakukan perbuatan kejam itu.


Memetik laporan Kompas, mangsa dibunuh dengan kejam sekitar 30 November lalu sebelum ditemui penduduk kampung pada 5 Disember dalam keadaan berbogel di sebuah rumah kosong di Desa Sabah Balau, Indonesia.


Gambar hiasan

Rentetan insiden itu, polis mula menjalankan siasatan lanjut dan suspek ditahan bagi membantu siasatan. 

Difahamkan, pada awalnya suspek hanya dianggap sebagai saksi sebelum segala-galanya terbongkar dan bukti mendapati suspek merupakan dalang di sebalik pembunuhan kejam tersebut.

Semasa soal siasat, suspek mengaku memberi upah berjumlah RP500,000 (sekitar RM147) kepada seorang buruh binaan berusia 33 tahun untuk merogol dan membunuh mangsa. 

Suspek dan mangsa sebelum ini dipercayai pernah bergaduh. Namun, disebabkan dendam, suspek sanggup membuat perancangan untuk membunuh rakannya. 

Kes masih dalam siasatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 17-12-2021 08:44 AM
ganassssss pompuan
Quote Shazid 17-12-2021 09:02 AM
Memang dendam kesumat betul ni....sampai hilang kewarasan.
Quote musangbodoh 17-12-2021 10:47 AM
berebut jantan kot...
Quote darkness 17-12-2021 10:53 AM
Murahnya gaji, kalau 1juta rm tu tidak apa juga. Boleh melaram sementara belum kena gantung.
Quote Artemesiaa 17-12-2021 11:03 AM
Tergamak sungguh yang pasti hidupnya tak akan tenang juga akhirnya
Quote keane.somewhere 17-12-2021 11:40 AM
Fikiran pompuan lambat matang
Quote selipar_hijau 17-12-2021 11:47 AM
Gile saiko pompuan tu
Quote naina 17-12-2021 11:50 AM
Perghhh nekad tu
Kalau aku setakat fikiran jahat nak upah orang jelah. Tak sampai jadi kenyataan.
Quote batmana 17-12-2021 12:18 PM
byk sgt tgk cite bunuh2 kejam2 cm squid game ni..jadi otak pn terpengaruh
Quote Mooverine 17-12-2021 01:48 PM
baru 17 ,,, psychopath kah apa ni.. gila eh
Quote belilies 17-12-2021 02:06 PM
@Friska tanak komen ke? Jauh sekali nak bukak benang pasal org kampung dia ni. Kat mesia blom lg jumpa jenis yg bdendam sampai upah org nak bunuh utk yg umur cam dia ni. Scary!
Quote jazaa100 17-12-2021 02:25 PM
Indon.....itu lah indon....

Dorang ni tak de perasaan belas kasihan....ntah apa yg dorang mkn sampai tergamak buat jenayah yg bukan bukan.....

Sanggup ludah dalam masakan, rodok kemaluan pompuan dgn cangkul, upah org bunuh kwn baik sendiri....mcm mcm lg lah....

Yg caras laki org tak yah ckp lah....perkara biasa je tu....
Quote TeropongThaico 17-12-2021 02:55 PM
Eerie...  Scarynya
Quote TeropongThaico 17-12-2021 03:01 PM
belilies replied at 17-12-2021 02:06 PM
@Friska tanak komen ke? Jauh sekali nak bukak benang pasal org kampung dia ni. Kat mesia blom lg jum ...

Kan... Takdenya dia nak buka atau komen dkt benang yg ada cerita leluhur dia. Nak2 yg macam gini. Kata tok laki org sini tp suka kutuk2 Meleis. Ke dia cintakan duit je. Yg lelain masih nak berdengki
Quote belilies 17-12-2021 03:05 PM
TeropongThaico replied at 17-12-2021 03:01 PM
Kan... Takdenya dia nak buka atau komen dkt benang yg ada cerita leluhur dia. Nak2 yg macam gini.  ...

Iols perati je.

Tiapkali bukak benang MESTI perangai buruk org mesia.

Gile. Tak sedar diri kawen ngan org mesia, dahtu bini bernombor, dtg msia caras laki org. Dlm forum bukak benang kes org msia. Tak sedar dek untung
Quote Jitu 17-12-2021 03:07 PM
jazaa100 replied at 17-12-2021 02:25 PM
Indon.....itu lah indon....

Dorang ni tak de perasaan belas kasihan....ntah apa yg dorang mkn sampa ...

ada jiran makcik aku smpi tukar kerakyatan dek penangan Indon ni jd warga indon
entah apa lah bini dia org indon tu memakai
tp pakcik tu tua dah
masa muda2 mmg jenis galak jugak pakcik tu




Quote cmf_premierleag 17-12-2021 03:09 PM
jazaa100 replied at 17-12-2021 02:25 PM
Indon.....itu lah indon....

Dorang ni tak de perasaan belas kasihan....ntah apa yg dorang mkn sampa ...

aku rs mana2 indon2 ni jd mcm tu sbb low education dan competition dlm society depa sendiri dh terlalu besar sbb rakyat dia berjuta2 ramai.
serta negara diorg selalu ada bencana alam.ramai terkorban.so airmata pun dh kering kut.
dan sbb high competition dlm society depa la smpi depa sanggup buat apa saja asalkan menang
so bab2 belas kasihan ni dah takde

Quote cmf_premierleag 17-12-2021 03:10 PM
Jitu replied at 17-12-2021 03:07 PM
ada jiran makcik aku smpi tukar kerakyatan dek penangan Indon ni  jd warga indon
entah apa lah  ...

jiran makcik uols tu melayu bumiputra ke?

rugi la dia x jd msian
x dpt diskaun bumi ms beli rumah bagai
seteruk2 gomen msia ni,, at least our public h/care etc pun kira dah suffice enough utk rakyat.
Quote Jitu 17-12-2021 03:15 PM
cmf_premierleag replied at 17-12-2021 03:10 PM
jiran makcik uols tu melayu bumiputra ke?

rugi la dia x jd msian

peneroka felda
semua org terkejut dengar bodohnya lah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059784 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top