Oleh Adib Za Kata orang, kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa. Namun, sebaliknya berlaku dalam insiden yang melibatkan pengacara terkenal ini.
Baru-baru ini, Azwan Ali telah mengemaskini status di laman twitternya yang berbunyi, “Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?” Kemudian, seorang peminat membalas status itu dengan menjawab ringkas, “menate”. "Menate" itu sebenarnya membawa konotasi yang negatif terutamanya bagi masyarakat negeri Kelantan yang maksudnya ialah "binatang". Geram dengan jawapan tersebut, Azwan tidak tunggu untuk membalas dengan jawapan yang berbunyi agak keras. “Sundal bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak neraka?” Mungkin terkejut dengan lemparan kata-kata tersebut, peminat itu, Nur Azira lantas menerangkan maksud sebenarnya.
“I means steak house MENATE la Diva. Apa ni?” Namun, melalui insiden ini, nama restoran Me'nate Steak Hub secara tiba-tiba menjadi tumpuan para netizen. Dan berita terbaharu, difahamkan wanita tersebut telah dijemput oleh pemilik Me'nate sendiri untuk menikmati hidangan stik dengan percuma! Tuah badan sangat! Siapa sangka, kan! Nak tahu harga bil untuk iftar mereka ini? Lebih kurang RM4,000! Tapi semuanya percuma gara-gara insiden yang tak disangka ini. Wow! Apa pun, dalam hal ini, cara berkomunikasi adalah terpenting, lebih-lebih lagi dalam media sosial ini. Kadang kala kata-kata kita disalah sangka, oleh itu lebih baik menerangkan sesuatu perkara itu dengan jelas. Pesanan untuk semua, ya. - CARI Infonet |
36
Bagus |
45
Marah |
37
Terkejut |
32
Sedih |
36
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT