CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Rap Cedera Dilanggar Lari Di Langkawi

16-12-2021 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3916| Komen: 26

Percutian penyanyi rap Lil J, 22, bertukar tragedi selepas terbabit kemalangan jalan raya di Pantai Cenang, Langkawi, Isnin lalu dan menerima jahitan di beberapa anggota badannya. 


Lil J atau nama sebenarnya Vijay Raj berkata, dalam kejadian langgar lari kira-kira jam 8 malam itu, motosikal ditungganginya tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dari arah belakang. 


Kredit foto: IG Lil J

"Ketika saya memperlahankan motosikal kerana terdapat bonggol di atas jalan, saya tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dari arah belakang hingga mengakibatkan bahagian dagu menerima 14 jahitan selain kaki kiri lapan jahitan dan lutut pula tiga jahitan. 


"Ketika kejadian, saya nampak darah keluar dengan banyak di bahagian muka sehingga saya pengsan di tempat kejadian. Namun, mujurlah ada dua kenalan yang mengenali datang membantu dan membawa saya ke hospital. 

"Sebenarnya saya ke Pulau Langkawi seorang diri sejak Jumaat lalu. Tak sangka percutian berakhir dengan kemalangan. Saya bersyukur kerana tiada kecederaan serius berlaku dan ada yang mengenali saya ketika itu," katanya. 


Kredit foto: Harian Metro

Lil J yang sudah pulang ke rumah sejak semalam memberitahu, dia sudah membuat laporan polis dan kini berehat. 

"Laporan polis sudah dibuat tapi saya tak boleh nak berkongsi maklumat terperinci kepada pihak polis kerana saya tidak melihat nombor pendaftaran kereta yang melanggar saya. Cuma, saya perasan kenderaan itu adalah jenis Toyata Innova. 

"Sekarang ini saya sudah berada di rumah bersama keluarga. Sepatutnya, semalam saya membuat persembahan di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021), tapi disebabkan insiden yang berlaku saya kena berehat dengan secukupnya. 


Kredit foto: IG Lil J

"Saya juga terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya mungkin akan bercuti selama tiga minggu dan  sekarang masih menahan kesakitan," katanya. 


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 16-12-2021 03:32 PM
Ishhh...besarnya koyakan kat bwh dagu tu, tengok pic je pun terasa sakit
Aku xkenal retis ni tp wish pi je la 'speedy recovery'
Quote gigi 16-12-2021 04:40 PM
ingat caprice si toncit
Quote jlo 16-12-2021 04:53 PM
seriau tengok jahit kat dagu tu...gws!
Quote syamzana 16-12-2021 04:59 PM
hrp cepat sembut dan takde parut
mesti darah meleleh2 kuor.pnjgnya jahit

ramai betul penyanyi+pelakon timbul skrg
Quote hareeeesah 16-12-2021 05:01 PM
Mesti kuat kena langgar kalau sampai besar tu koyak dia.. ngerinya.. langkawi tak besar mana moga boleh senang jumpa la sapa langgar
Quote taji2906 16-12-2021 05:04 PM
aku pun naik motor.. kecederaan mcmni la buat aku nk pakai helmet full face. wlupun nmpk x bergaya sgt dgn motor kapcai. hahah
Quote gekkou 16-12-2021 08:20 PM
teruknya luka
semoga lekas sembuh
walaupun anda tidak aku kenali
semoga sukses
Quote dudaberhias 16-12-2021 08:24 PM
Kesiannya, semoga cepat sembuh yach.
Harap2 takde parut teruk di wajah nan herlok heshe. Kalau caprice tu lain, kalau berparut pun tetap tak herlok jadi takde kerugian apa-apa pada industri.
Quote missbigrockstar 16-12-2021 09:52 PM
Sederet jahitan Get well soon!
Quote musangbodoh 17-12-2021 12:00 AM
moto ape yg dia bwk? ke dia nk buat aksi wikang? ke x pakai helmet?

btw tang mn yg 'LIL' tu ye
Quote Sekaisilver 17-12-2021 12:13 AM
Get well soon...
Quote Jitu 17-12-2021 12:13 AM
ngerinya

aku pernah tengok masa sekolah menengah dulu bebudak kelas belakang bergaduh
kena baling batu besar kat kepala
darah keluar mengalir sampai satu muka penuh darah
Quote bulalof 17-12-2021 08:52 AM
Lil J ni ala-ala Lil Wayne gaya spit dia.

Speedy recovery bro.
Quote kwekkwek 17-12-2021 08:53 AM
Get well soon...
Quote NFBZCantik 17-12-2021 10:33 AM
erghh seram tengok jahitan tuu

Speedy recovery
Quote KamikuP 20-12-2021 03:10 PM
Gambar berdua tu dengan wanita berwajah achey kah itu?
Quote uori 20-12-2021 03:30 PM
jalan kat cenang tu memang kecik dan sesak walau one way, pastu ramai orang luar sewa kereta guna jalan tu. mesti banyak cctv leh detect. rindunya nak lepak sana
Quote lasagna 20-12-2021 03:34 PM
aduhhhh kesian ko dik.. get well soon.. oo dia ni nama Lil J, ku igt kan melayu, rupanya bukan. moga speedy recovery laa ya, mmg meninggal kan kesan parut bwh dagu tu.
Quote mesmerize 20-12-2021 03:34 PM
walaupun tak kenal namun tetap nak ucapkan semoga cepat sembuh dik

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.190492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top