sumber foto : The Rakyat Post Sejak hari pertama puasa, penjualan tiket bas express mahupun kereta api untuk pulang berhari raya di kampung kebanyakkannya sudah mula dibuka di kaunter-kaunter bas sekitar ibu negara. Menurut tinjauan di sekitar stesen bas di Kuala Lumpur menunjukan banyak kaunter-kaunter bas mula membuka jualan tiket untuk hari raya, malah ada sesetengah destinasi sudah mula kehabisan tiket. Difahamkan penjualan tiket bas pada tahun ini sudah dibuka sejak awal lagi kerana permintaan ramai, malah harga yang dikenakan masih sama seperti tahun-tahun lepas. Walaupun penjualan tiket untuk perjalanan ke utara amat menggalakkan namun tiket perjalanan seperti ke Butterwoth, Sungai Petani, Jitra dan lain-lain masih ada.
Selain itu juga tiket ke pantai timur turut mendapat sambutan yang baik seperti tahun-tahun sebelumnya. Adalah dinasihatkan kepada pengguna supaya membuat persiapan awal bagi mengelakkan tiket bas habis dijual. Sementara itu, bagi pengguna yang ingin pulang dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), penjualan tiket, bagi perjalanan ke Ipoh, Woodlands (Singapura) dan juga utara sudah mula dibuka sejak sebulan lepas. - CARI Infonet |
6
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT