CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Tangki Meletup, 62 Maut Terbakar Hidup-Hidup Semasa Berebut Minyak

15-12-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2708| Komen: 18

Cap Haitien - Letupan sebuah lori tangki minyak yang terbalik menyebabkan sekurang-kurangnya 62 orang terkorban di Haiti pada Selasa.

Mangsa-mangsa itu terbakar hidup-hidup selepas mereka mengerumuni kenderaan itu untuk mengambil minyak yang tumpah di jalan raya.

Lori itu dipercayai terbalik setelah pemandu kenderaan itu hilang kawalan ketika ia mengelak sebuah teksi motosikal di bandar Cap Haitien.


Foto: AFP

Selepas kejadian itu, orang ramai berkumpul di lokasi yang mana sejumlah mangsa yang meninggal dunia diletakkan di dalam beg-beg mayat.


Timbalan Datuk Bandar, Patrick Almonor mengesahkan angka kematian tersebut dengan menyatakan pihak berkuasa masih mencari mangsa-mangsa di bangunan berdekatan tempat kejadian di bandar tersebut yang terletak di pantai utara negara itu.

Almonor menggambarkan situasi yang mengerikan ketika letupan itu berlaku dengan menyatakan bahawa beliau telah melihat sejumlah orang terbakar hidup-hidup dan memberitahu adalah mustahil untuk mengenal pasti identiti diri mereka.

Beliau juga berkata, kira-kira 40 buah rumah di lokasi kejadian juga rosak tetapi menjelaskan masih tidak diketahui jumlah mangsa yang berada di dalam rumah semasa letupan berlaku.

Mangsa-mangsa yang cedera pula dirawat di Hospital Universiti Justinien di bandar kedua terbesar negara itu.

Seorang doktor di hospital berkenaan memberitahu sebuah stesen radio tempatan, Magik9 bahawa dua orang telah terkorban manakala 40 mangsa lain cedera parah. -CARI

Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 15-12-2021 02:19 PM
selalu kalau lori tebalik mana2 negara pn org akan berperangai mcm ni
Quote Supersirap 15-12-2021 03:43 PM
Minyak merupakan bahan mudah terbakar
Quote Artemesiaa 15-12-2021 04:04 PM
Perbuatan sia2 tak berbaloi langsung
Quote lipans 15-12-2021 04:07 PM
Jadi aorang minyak
Quote I.K.A888990 15-12-2021 04:40 PM
perbuatan yg memakan diri sendiri
Quote musangbodoh 15-12-2021 04:44 PM
matbad replied at 15-12-2021 02:19 PM
selalu kalau lori tebalik mana2 negara pn org akan berperangai mcm ni

kt tmpt aku btol real punya...lori tepung yg guni besar tu...guni kaler putih...lori jatuh bwh jembatan...org kg dkt2 tu pulun bwk kete amik bwk blk...tauke lmbat dtg/polis pun lmbt sbb dh ptg kan...nk dkt maghrib....esok pg tgk clear guni yilek abis kena angkut...abg drebar lori  pun xtau ape cite
Quote matbad 15-12-2021 09:49 PM
musangbodoh replied at 15-12-2021 04:44 PM
kt tmpt aku btol real punya...lori tepung yg guni besar tu...guni kaler putih...lori jatuh bwh jem ...

org kita kan tak suka membazir hahaha
Quote Jitu 15-12-2021 11:34 PM
ngerinya
Quote gideoncross 16-12-2021 03:23 AM
musangbodoh replied at 15-12-2021 04:44 PM
kt tmpt aku btol real punya...lori tepung yg guni besar tu...guni kaler putih...lori jatuh bwh jem ...

Yg ni klakar.
Quote musangbodoh 16-12-2021 11:02 AM

puas tiap2 hari mkn cekodok
Quote shernazz 16-12-2021 11:21 AM
musangbodoh replied at 15-12-2021 04:44 PM
kt tmpt aku btol real punya...lori tepung yg guni besar tu...guni kaler putih...lori jatuh bwh jem ...

Kalau tepung cap diamond
Sure orang buat roti banyak pakai .
Yang merembat sure kasi jual.mur mur saja..
Quote Abahmung 16-12-2021 11:24 AM
tak serik-serik...dah byk tragedi sama berlaku sebelum ni,tapi tak ambil pengajaran
Quote bottombikini 16-12-2021 11:29 AM
seramnya yg menyaksikan tu tgk org tebako hidup2
Quote bakingsoda 16-12-2021 11:31 AM
mati tengah mencuri
Quote Mary_jane 16-12-2021 11:44 AM
Lori bawa beras, tepung, susu segala jenis barang lah kalau terbalik mesti ada je berebut. Masa lori bawa babi terbalik, mujur takde yang berkerumun.
Quote musangbodoh 16-12-2021 11:49 AM
ku saja gugel...xcdent lori bawak brg,,,cth berebut anak ayam

sini

Quote Madel 16-12-2021 11:51 AM
dulu mcm pernah bac kes2 mcm gini kat negara sana
tetap la masing2 tak beringat..ermm
Quote gideoncross 23-12-2021 09:22 AM
musangbodoh replied at 16-12-2021 11:02 AM
puas tiap2 hari mkn cekodok

Bukn stakat ckodok, smua jnis cucur boleh buat ngan kuih hahahaha.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.088544 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top