Tindakan seorang lelaki mengherdik pengunjung sebuah kawasan perkelahan mendapat kecaman ramai.
Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 43 saat di laman Facebook memaparkan, dua orang lelaki sedang bertengkar dipercayai kerana seorang daripada lelaki itu memasang khemah di sebuah gazebo yang disediakan. Kejadian itu dipercayai berlaku di Pantai Tanjung Asam, Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini. Difahamkan, seorang lelaki yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan itu tidak berpuas hati dan mendakwa pengunjung berkenaan perlu membuat bayaran sebanyak RM50 kepadanya jika mahu menggunakan gazebo tersebut. Lelaki itu juga mendakwa dia sudah membayar RM30,000 kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagi membina gazebo berkenaan. Susulan video tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz melalui hantaran di Facebooknya meluahkan rasa kesal berhubung kejadian berkenaan. Katanya, kawasan tersebut adalah milik rizab kerajaan dan boleh digunakan orang awam tanpa perlu membuat apa-apa bayaran. Azrul Mahathir turut meminta orang awam melaporkan kejadian itu di balai polis berdekatan sekiranya berlaku lagi. Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan penjaga tandas tersebut yang disifatkan mengambil kesempatan terhadap pengunjung. “Baru-baru ini aku kena RM10 sebab letak tikar dalam gazebo tu,” kongsi Muhamad Shahrizan. “Minggu lepas suami nak ke sini, berkhemah tapak kena bayar RM60, khemah bawa sendiri. Satu khemah boleh empat orang je katanya, lebih seorang tambah RM5, siap tunjuk sampai ke hujung pantai tu kawasan dia katanya,” kata Anisah Archat. Sumber: K! ONLINE
|
cm_asamkumbang replied at 14-12-2021 06:19 PM
kalau tak viral kenyang dah dia makan duit atas angin.
mr_cool5885 replied at 14-12-2021 10:33 PM
1 lagi iolls nak tanya la kalau kat tepi² sungai tu contoh sungai congkak depa dok buat binaan keka ...
mr_cool5885 replied at 14-12-2021 10:33 PM
1 lagi iolls nak tanya la kalau kat tepi² sungai tu contoh sungai congkak depa dok buat binaan keka ...
prettyuglybabe replied at 15-12-2021 10:02 AM
banyak tempat gini..
PD pun sama jugak kan..
bertahun sudah i pi, sepanjang pantai tu dorang pasang ...
ADVERTISEMENT