View: 2538|Reply: 24
|
Dah 'Pau' RM50, Dimaki Pula Pengunjung Sebab Pasang Khemah
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang lelaki mengherdik pengunjung sebuah kawasan perkelahan mendapat kecaman ramai.
Kredit foto: FB
Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 43 saat di laman Facebook memaparkan, dua orang lelaki sedang bertengkar dipercayai kerana seorang daripada lelaki itu memasang khemah di sebuah gazebo yang disediakan.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Pantai Tanjung Asam, Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Difahamkan, seorang lelaki yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan itu tidak berpuas hati dan mendakwa pengunjung berkenaan perlu membuat bayaran sebanyak RM50 kepadanya jika mahu menggunakan gazebo tersebut.
Lelaki itu juga mendakwa dia sudah membayar RM30,000 kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagi membina gazebo berkenaan.
Susulan video tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz melalui hantaran di Facebooknya meluahkan rasa kesal berhubung kejadian berkenaan.
Katanya, kawasan tersebut adalah milik rizab kerajaan dan boleh digunakan orang awam tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.
Azrul Mahathir turut meminta orang awam melaporkan kejadian itu di balai polis berdekatan sekiranya berlaku lagi.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan penjaga tandas tersebut yang disifatkan mengambil kesempatan terhadap pengunjung.
“Baru-baru ini aku kena RM10 sebab letak tikar dalam gazebo tu,” kongsi Muhamad Shahrizan.
“Minggu lepas suami nak ke sini, berkhemah tapak kena bayar RM60, khemah bawa sendiri. Satu khemah boleh empat orang je katanya, lebih seorang tambah RM5, siap tunjuk sampai ke hujung pantai tu kawasan dia katanya,” kata Anisah Archat.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak viral kenyang dah dia makan duit atas angin. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh..dah panjang langkah eh..dulu2 orang collect duit parking pdhal drug addict(biasanya la)..skrg collect duit tapak khemah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
So blh la sprm siasat betoi ke dia bayar 30k kat mbpp |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla jgk gitu, padahal org majlis buat sesuka hati ckp dia buat gazebo. Harap diambil tindakan. Sbb dia memeras org lain/ menipu. 'Miskin' x 'miskin' , klu dh menipu org lain tu, kira jenayah la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mental kot sedap2 claim tu tanah dia punya bayar rm30 KT majlis. Hahaha. Memang ramai ya buat perangai macam ni. Tibe2 minta duit parking. Hareyyyy. |
|
|
|
|
|
|
|
Mendap ni buat macam harta sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Uish sabaq jugak la depa ni tak pi tujal ja kepala si gila ni… rm50 kira banyak kot bukan buat apa pun. Makan minum khemah semua pun bawak sendir kot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mr_cool5885 at 14-12-2021 10:35 PM
1 lagi iolls nak tanya la kalau kat tepi² sungai tu contoh sungai congkak depa dok buat binaan kekal pondok² batu kosong lantai simen muat 4-5 orang pastu cas rm50 1 pondok. Parking rm5.
Hat ni tanah sendiri ka tanah kerajaan? Sebab betul² tepi sungai dok buat rumah la pondok la. Bukan ada tanah rizab sungai ka? Sepanjang sungai pulak tu dok bahagi² sama depa. Nak bentang tikar pun kena rm15 haram j betol. |
|
|
|
|
|
|
|
Spesisss jiran sebelah jugakk niee sesuka atii claim hak diaa padahal tu hak org awam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TOPwind at 15-12-2021 02:10 AM
dulu kat UK ada matleh( mat salehlah) setiap kerata masuk dia ambil parking fee
bertahun kerja tampa cuti pagi sampai malam
satu hari dia cuti sakit= ada letea masik parking nal bayar tapi tiada parking jaga
so takut kena saman dia tipong Majlis bandaran tanya kat mana nak bayar?
Bandaran kata kat siti parking man akena bayar free je
maka terbongkarlah segala rahsia.
KEs no dua pulak
tandas di sebuat hotel 5 stasrs di kunjungi mcm2 orang
penjaga tandas dapat tips setiap hari kolekted US1500 x 30hari =US$45.000 = RM193,500 sebulan
satu hari dia cuti anak kahwin
oleh kerana tiada penganti manager hotel terpaksa jaga toilet sebab tiada penganti.
maka terbongkarlah rahsia
penjaga tandas tu ditukar ke bahagai basuh pinggang. (agaknyalah) dengan gaji US$20 sehari
|
|
|
|
|
|
|
|
hanatnye. nape yang ni takde sape buli sampai lebam pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
mr_cool5885 replied at 14-12-2021 10:33 PM
1 lagi iolls nak tanya la kalau kat tepi² sungai tu contoh sungai congkak depa dok buat binaan keka ...
Cube call majlis perbandaran.
Kadang2 orang kampung takda keje
suka hati je caj
|
|
|
|
|
|
|
|
Di tempat awam mcm tu patut ada papan tanda oleh pihak berkuasa untuk beritahu orang awam jika ada sebarang bayaran dikenakan. Jika semua percuma pun kena tulis dengan jelas dan sediakan contact no untuk aduan. |
|
|
|
|
|
|
|
mr_cool5885 replied at 14-12-2021 10:33 PM
1 lagi iolls nak tanya la kalau kat tepi² sungai tu contoh sungai congkak depa dok buat binaan keka ...
Kt janda baik pun mcm tu..
Depa bina chalet/pondok tepi2 rizab sungai tu, pastu caj harga berdengung.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la masa pegi langkawi.. nk park kna byr rm10.. katanya tu tanah dia punya.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak tempat gini..
PD pun sama jugak kan..
bertahun sudah i pi, sepanjang pantai tu dorang pasang payung..
pastu kena sewa..
nak tak nak terpaksa la bayar juga..
takkan nak bentang tikar dalam laut.. |
|
|
|
|
|
|
|
kannn. i oll kalau pegi berdua dgn laki mmg hamjadla kan nak bayar, dudukk jela selit mana2 tapi kalau dgn family besar nak xnak kena bayar gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
mujur org situ yg terkena blh jugak viral
klu org luar pakat diam je lah dah tak tahu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|