CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tebal Sungguh Kecewa Ras Adiba Bila KPM 'Menyisihkan' OKU

14-12-2021 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2635| Komen: 17

Senator dan bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi meluahkan rasa hampa apabila pihak kementerian meletakkan kriteria yang tidak adil buat OKU (Orang Kelainan Upaya) untuk bergiat dalam dunia seni di menara gading.



Kredit foto: IG Ras

Menerusi posting di Instagram, Ras Adiba menceritakan bahawa minatnya terhadap bidang seni tidak pernah luntur walaupun fizikalnya sudah berubah.

Tambahnya lagi, dia akui rasa hampa melihat pihak kementerian pendidikan meletakkan kriteria tiada kecacatan sebagai syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia.



Bekas personaliti televisyen terkenal ini turut memohon pihak berwajib untuk memberi penilaian terhadap golongan OKU seadanya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-12-2021 05:11 PM
Dah tu jika pelajar ada kecacatan fizikal, ko nak suruh sapa jaga dia kat asrama tu kak? Guru2 sekolah seni tu bukan ada kepakaran handle budak2 OKU fizikal.
Quote Samerosie 14-12-2021 05:13 PM
Baru terasa ke?  Benda ni dah lama.  Budak2 nak masuk sekolah agama pun ada clause tak nak yg cacat.  Masa tak cacat dulu for sure tak kisah kan RA?
Quote hareeeesah 14-12-2021 05:17 PM
dua_chzy replied at 14-12-2021 05:11 PM
Dah tu jika pelajar ada kecacatan fizikal, ko nak suruh sapa jaga dia kat asrama tu kak? Guru2 sekol ...

Betul.. nanti ada terlalai tak jaga kebajikan oku kena hentam lagi.  & kalau masuk pun ada aktiviti tak boleh nak buat tak ke susah dah ke berganda masalah timbul.. dia jadi anak seni dulu pun time sihat kan
Quote dua_chzy 14-12-2021 05:27 PM
hareeeesah replied at 14-12-2021 05:17 PM
Betul.. nanti ada terlalai tak jaga kebajikan oku kena hentam lagi.  & kalau masuk pun ada aktivit ...

Jika mahu, KPM boleh buat inisiatif tubuhkan sekolah khas untuk OKU yang memang mesra OKU dan tenaga pengajar pun expert bab handle budak2 OKU. Sedangkan bebudak OKU lembam, autism yang tak cacat fizikal pun tak sesuai dok dalam kelas aliran perdana bagi ai, inikan OKU fizikal.
Quote MissYouSayang 14-12-2021 05:32 PM
Ekceli meol dah lama rengsek dgn syarat 'tiada kecacatan ' tu dekat mana2 borang ke apa. Bagus la kak ras poyo ni menyuarakan.
Quote exclusive_vvip 14-12-2021 05:33 PM
dua_chzy replied at 14-12-2021 05:11 PM
Dah tu jika pelajar ada kecacatan fizikal, ko nak suruh sapa jaga dia kat asrama tu kak? Guru2 sekol ...

Setuju..nak kena ada cikgu @ tenaga pengajar @ ppm pulak utk handle budak2 sebegitu..skrg ada sekolah vokasional utk budak2 oku lepas umo 15tahun..RA bleh fight utk letak course seni di situ..
Quote iman_kasih 14-12-2021 05:37 PM
dua_chzy replied at 14-12-2021 05:11 PM
Dah tu jika pelajar ada kecacatan fizikal, ko nak suruh sapa jaga dia kat asrama tu kak? Guru2 sekol ...

Cikgu kan serba boleh sis.  Harus la cikgu yg kena jaga
Iols rasa syarat tu diletak sebab infrastructure pun boleh jadi jugak. Kalau ambik pelajar oku kenalah sediakan jugak kemudahan utk dorang ni kat kelas kat asrama. Prasarana dan tiada guru terlatih la kot.
Quote hareeeesah 14-12-2021 05:49 PM
dua_chzy replied at 14-12-2021 05:27 PM
Jika mahu, KPM boleh buat inisiatif tubuhkan sekolah khas untuk OKU yang memang mesra OKU dan tena ...

Kelas anak i last year ada sorang budak ni hyper & nampak autism tp tak tau la kenapa tak masuk sekolah yg ada aliran khas. Dalam kelas duduk paling depan cikgu sebab dia memang tak faham apa & menggangu budak lain nak belajar.. cikgu pun marah, anak i cakap sebab dia sorang semua terganggu siap lari keluar kelas masuk balik meronda block. Bukan la nak di bezakan tp this kind of things la kan..
Quote naina 14-12-2021 05:54 PM
iman_kasih replied at 14-12-2021 05:37 PM
Cikgu kan serba boleh sis.  Harus la cikgu yg kena jaga
Iols rasa syarat tu diletak sebab infras ...

Ya. Kena buat bajet baru la untuk memudahkan OKU ni bergerak. Contohnya tandas khas, laluan khas, bilik darjah mesra OKU..eh macam2 lah.
Quote umbut 14-12-2021 06:24 PM
Gangu budak2 lain dgn hyper dan autism. Patut pergi sekolah khas. Bukan nak sisih tapi ganggu pelajar2  lain. Zaman aku sekolah dolu aku rasa budak ni autism cuma zaman tu x aware. Budak2 panggil dia gila x betul sebab terlalu hyper sesuka hati je dtg peluk org lalu lalang
Quote Minami2013 14-12-2021 06:37 PM
Kemudahan atau mesra oku mmg perlu supaya mereka dpt bersaing dgn mereka yg sihat sempurna ni tanpa special treatment. Bergaul dgn semua, bukan dgn sama2 those yg oku juga. Sbb di alam pekerjaan, itu yg mereka perlu hadapi. Cuba baca kisah pengasas speedmart.

So i sokong ras adiba. Melainkan bidang tertentu tu memerlukan skil tertentu yg oku tak boleh buat. Cth pereka fashion, mmg la yg buta tak boleh apply.
Quote babelina 15-12-2021 08:50 AM
kdg2 tgk la juga..bkn menyisihkn.. agk2 la klau nk hak sama rata pn..
Quote annehuda 15-12-2021 08:54 AM
tp kalau tengok bakat yang dimohon tu memang memerlukan tenaga fizikal. mcm seni tarian, takkan nak naik kerusi roda sambil menari kot. melainkan kalau ada course lain khas utk org cacat ni
Quote Cik_jantung 15-12-2021 03:09 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 10:07 PM

..........
Quote slyfynx 15-12-2021 03:16 PM
Kalau deme terima, kene ade officer/pekerja khas yang boleh handle OKU, dai pelbagai spektrum.
Deme x boleh nk handle, jadi tmpt tu jadi aliran perdana.
Karang jadi pape, nk kene menjawab jg.
Kene faham jg tu
Quote kivio 15-12-2021 03:49 PM
Lah dah tu, kalau dah oku, nak menari2 camne?
Apekebahalol

Seeloknya dah cacat gitu dekat2kan diri la dengan tohan
Beringat lah sikit haha
Quote rikiruj 15-12-2021 04:27 PM
Toksah lah jadikan blanket condition. Tengoklah case by case basis.. kalau nak cari dancers, dah tentulah yang buta, pekak atau kecacatan pergerakan tak sesuai. Tapi bisu should be ok what. Kalau muzik, cacat fizikl kaki tak jadi masaalah kot,even buta pun ada yg pandai main muzik. Bagilah depa peluang, a chance walaupun kecik rasanya is all they ask for.  Dah dapat peluang apply, nak head on dgn yg sempurna dah lagi satu cabaran besar.  Depa kena bagus berkali ganda baru ada peluang diterima.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039645 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top