Oleh : Dean BZ Kebiasaannya di bulan Ramadan ini kita banyak menghabiskan masa didapur untuk menyediakan hidangan bersahur dan berbuka puasa. Namun ketika bersahur biasanya kita tidak akan memasak juadah "berat" dan yang mengambil masa yang lama untuk disediakan seperti ayam percik, gulai lemak atau tom yam. Jadi juadah simple adalah pilihan tepat, apa juadah simple tu? Jangan gusar, kami kongsikan resepi enak dan cepat disediakan. Ayam Goreng Kentang adalah juadah yang harus anda cuba. - CARI Infonet. Bahan-Bahan 1 ekor ayam (potong mengikut citarasa anda) 2 biji bawang holland (potong bulat) 5 biji cili api (diketuk) 6 biji kentang (buang kulit dan potong 6) Serbuk Cukup Rasa Maggi Langkah-Langkah Penyediaan Gorengkan ayam yang telah dipotong seperti biasa. Angkat dan ketepikan. Kemudian, gorengkan kentang sehingga empuk. Apabila kentang telah empuk, masukkan bawang holland dan cili api ke dalam. Gaul sebati sehingga bawang dan cili layu. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan secubit Serbuk Cukup Rasa Maggi dan gaulkan sebati. Siap! Sumber resepi: Facebook Sekadar Resepi
|
32
Bagus |
15
Marah |
22
Terkejut |
10
Sedih |
19
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT