New Delhi: Seorang lelaki di India dilaporkan tidak pernah menurunkan tangan kanannya selama hampir 45 tahun. Lapor Daily Star, petapa dikenali sebagai Amar Bharati mengangkat tangan kanannya ke atas sejak tahun 1973.
Malah, Amar tidak bercadang untuk berhenti dan mahu terus berbuat demikian demi kepercayaannya. Kisah Amar menjadi sebutan umum selepas beberapa gambar individu itu mengangkat tangan kanannya pada posisi tegak ke atas sambil mengepal jari sejak tahun 1973, menjadi tular di media sosial.
Menurut laporan, pada awal tahun 1970-an, Amar merupakan seorang lelaki biasa yang bekerja di sebuah bank dan sudah berkahwin serta mempunyai tiga orang anak. Namun, selepas tiga tahun, Amar memutuskan untuk meninggalkan segala-galanya dalam kehidupannya atas nama keamanan dunia. Amar memutuskan untuk mengangkat tangan kanannya dan mengekalkan kedudukan bahagian anggota badan itu sebagai tanda pengabdian. “Saya tidak minta terlalu banyak. Mengapa kita bergaduh sesama kita, mengapa ada begitu banyak kebencian, permusuhan antara satu sama lain? “Saya mahu semua penduduk India hidup secara aman. Saya juga ingin seluruh dunia hidup dengan aman selamanya,” katanya. Sementara itu, lapor Lad Bible, Amar menghabiskan dua tahun pertama mengangkat tangan kanannya dalam kesakitan. “Namun, selepas itu, dia perlahan-lahan mula membiasakan diri sehingga akhirnya kehilangan segala deria rasa di tangannya,” jelas laporan itu. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Hatida replied at 9-12-2021 12:10 PM
macam-macam peel manusia sekarang ni...
ADVERTISEMENT