CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Koma Didera Suami: Luka Bersalin Dijangkiti Kuman, Jahidah Dibedah Kali Kedua

9-12-2021 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1670| Komen: 16

Description: Seremban: Wanita yang melahirkan bayi secara pembedahan kerana berada dalam keadaan koma, Jahidah Nordin, 43, terpaksa menjalani pembedahan kedua selepas luka ketika bersalin minggu lalu dijangkiti ku ...
Seremban: Wanita yang melahirkan bayi secara pembedahan kerana berada dalam keadaan koma, Jahidah Nordin, 43, terpaksa menjalani pembedahan kedua selepas luka ketika bersalin minggu lalu dijangkiti kuman.


Adiknya, Fazariah, 38, doktor memaklumkan kepada keluarganya pada malam Rabu lalu supaya pembedahan dilakukan dengan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Foto: Harian Metro

"Doktor beritahu luka pembedahan kakak nampak kemerahan dan mereka mahu tengok sejauh mana keadaannya.

"Apa yang merisaukan keluarga kerana ketika ini kakak demam. Tapi setakat dimaklumkan sebelum ini keadaannya dia stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurutnya, doktor memaklumkan pembedahan sedang dijalankan pagi ini dan ia mengambil masa kira-kira satu jam dan dalam masa sama Fazariah memohon orang ramai supaya mendoakan proses pembedahan Jahidah dipermudahkan.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, secara pembedahan pada 30 November lalu.

Harian Metro pada Mei lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 9-12-2021 12:20 PM
Allahuakbar..ksiannya baca kisah akak ni..iolllss wonder isteri yg kena pukul ni penah x try nak pukul balik suami dorang?
Quote hareeeesah 9-12-2021 12:33 PM
semoga anak dia membesar penuh kasih sayang.. beratnya dugaan keluarga mereka
Quote orenmango 9-12-2021 12:37 PM
Allahu seksanya kamu kak . Ya Allah berikanlah keringanan kepadanya, sembuhkanlah ia.
Quote chinta89 9-12-2021 12:42 PM
kesian sgt masa bc kisah akak ni dlu.
Quote naina 9-12-2021 12:43 PM
Miraclenya anak dalam kandungan tu mmbesar dengan sihat ya. Maksudnya dia serap zat ibu yang ada serta susu yang ibu sedut jelah ek masa pregnant.
Quote rifaa 9-12-2021 12:44 PM
Ya Allah, kurniakanlah akak ni kesembuhan
Quote missyL 9-12-2021 01:28 PM
Sedih nye..
Mmg jangkitan kuman akn membawa ke demam..
Harap2 cpt sembuh ibu.i tgok je muka akak ni teros rase sedih sgt..

Mcm diam je laki durjana. Xkn x jupe carik lg
Quote missyL 9-12-2021 01:28 PM
naina replied at 9-12-2021 12:43 PM
Miraclenya anak dalam kandungan tu mmbesar dengan sihat ya. Maksudnya dia serap zat ibu yang ada ser ...

Kan..kuat bby boy die.
Sedih nye.. Semoga bby pn sehat2 je..
Xdpt lg merasa susu ibu
Quote Thunderclouds 9-12-2021 02:31 PM
mamajawie replied at 9-12-2021 12:20 PM
Allahuakbar..ksiannya baca kisah akak ni..iolllss wonder isteri yg kena pukul ni penah x try nak puk ...

Takat ni i xpenah jmpa@dgq lg. Kalo depa melawan blk mmg xkn kna pukoi dh kot. Kna talak terus
Quote I.K.A888990 9-12-2021 04:45 PM
kuat dugaan utk akk ni..k
sy doakan moga cepat sembuh..baby akk tu tgu akk juga...
Quote -Suri- 9-12-2021 05:04 PM
Kesiannya dia.
Moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik.
Dejei btl laki tu
Quote anggeriklatifah 9-12-2021 05:11 PM
yg aku thu ceritanya laki tu dah kena tangkap
tapi tak thu la dijamin ke tak

ade kata laki tu sebnrnya berbini byk
and jahidah dan family pun tak thu ada bini2 byk

laki ni acah2 konon peniaga tapi biawak hidup
kak jahidah ni penjawat awam
kat jahidah before janda

dan dgr cerita bini2 yg lelain tu berkerjaya jugak
camne lah leh terpikat dgn biawak hidup muka pecah rumah panas baran

serius memg muka pecah rumah harap makn bini2 yg tanggung

ade jugak cakap laki tu amal ilmu pengasih
Quote syamzana 9-12-2021 05:26 PM
anggeriklatifah replied at 9-12-2021 05:11 PM
yg aku thu ceritanya laki tu dah kena tangkap
tapi tak thu la dijamin ke tak


jenis pandai kelentong la tu. i rasa tak ramai pompuan skrg kalau tau jantan bewok nak dijadikan suami. tak ramai yg sanggup 'asal berlaki' kalau tau awal2 la.
yg biasa terjadi lepas nikoh 5/6 bulan baru tau bewok pastu rasa blh ubah jantan/igt jantan nak berubah/dah syg terlebih tu jd 'asal berlaki'.

i hrp akak ni meninggal wpon kejam bunyi sebab mcm terseksa je dlm keadaan dia gitu. tgk gaya adik dia tu mcm blh jaga anak sedaranya. apa pun harap diberi kemudahan segala urusan akak ni+anaknya+keluarganya.

hrp lakinya menderita smpai mati.
Quote angelofish 9-12-2021 05:35 PM
apa khabar suami nya? jatuh hukum dera biasa ke atau cubaan membunuh? kalau meninggal jadi kes bunuh ke
Quote sweetpea911 9-12-2021 07:06 PM
Semoga diampunkan dosanya dan diberikan kesembuhan.. semoga anaknya membesar menjadi orang yang berguna
Quote imanjannah 9-12-2021 07:12 PM
Allah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.170053 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top