Dungun: Penduduk kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab pihak berkenaan yang sengaja membuang sisa industri berjadual secara haram di kawasan Perindustrian Paka, dekat sini.
Penduduk, Ahmad Abdullah Abdul Wahab, 40, berkata, sisa berjadual seperti tong cat itu dipercayai baru dibuang di kawasan terbabit beberapa hari lalu. "Penduduk sangat bimbang kerana benda ini bahaya, kalau tengok pada logo barangan yang dibuang itu memang ada tulis bahaya dan mudah terbakar. "Sekarang ini musim tengkujuh, bila hujan air akan mengalir ke tempat rendah sekali gus akan mengalir ke anak sungai," katanya.
Katanya, perkara itu sudah diadukan penduduk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Sementara itu, tinjauan NSTP di kawasan ini, mendapati beberapa kakitangan JAS berada di lokasi bagi menjalankan siasatan. Kelihatan kakitangan terbabit mengambil beberapa sampel buangan di situ untuk dianalisa termasuk mengenal pasti mereka yang terbabit. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT