CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwa Diri Terima Wahyu Selepas Nabi Muhammad, Antara 4 Ciri Biasa Ajaran Sesat

9-12-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1718| Komen: 17

Description: Singapura: Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini mengeluarkan panduan terhadap empat ciri biasa ajaran sesat.
Singapura: Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini mengeluarkan panduan terhadap empat ciri biasa ajaran sesat.

Berita Mediacorp melaporkan, untuk itu umat Islam dinasihati untuk terus berwaspada terhadap sebarang ajaran agama yang diamalkan secara rahsia ataupun melalui sumber yang tidak pasti.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa tersebut mengenal pasti empat ciri biasa yang ada dalam ajaran sesat.

Pertama, guru atau pemimpin kumpulan itu mendakwa dirinya menerima wahyu atau ilham melalui proses menurun.


Foto: Utusan


Dakwaan seumpama itu bercanggah dengan prinsip syariah kerana tiada sesiapa yang boleh mendakwa dia menerima wahyu daripada Allah melainkan Nabi Muhammad. Maka itu, tegas Jawatankuasa Fatwa, semua dakwaan menyatakan telah menerima wahyu selepas Nabi Muhammad adalah palsu sama sekali.

Kedua adalah mengubah hukum hakam agama seperti menambah amalan agama tanpa sebab yang wajar, merubah terus amalan agama seperti nikah batin dan tidak perlu menunaikan solat lima waktu.

Jawatankuasa Fatwa menekankan perbuatan menggugurkan atau menggantikan amalan-amalan agama yang diwajibkan seperti solat, puasa, haji dan yang lain-lain tanpa alasan yang sah – seperti pengecualian sah bagi mereka yang tidak sihat – adalah tanda penyelewengan.

Ketiga adalah kepercayaan terhadap makna tersirat hakikat huruf yang sekali gus menyeleweng daripada makna dan huruf sebenar dalam al-Quran.

Mentafsir al-Quran memerlukan penguasaan bahasa Arab yang kuat serta mengikuti kaedah tafsir yang betul. Maka, menurut Jawatankuasa Fatwa, sebarang kepercayaan di sebalik maksud tersembunyi dalam ayat atau huruf di dalam al-Quran adalah salah, atau fasid, dan tidak boleh diterima dalam Islam.

Akhir sekali, amalan ruqyah yang sangsi dan bercanggah dengan prinsip-prinsip agama yang ditetapkan para ulama serta pakar. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 9-12-2021 11:27 AM
last-last jd gila isim
Quote Decaffeinated 9-12-2021 11:35 AM
Siapa2 nak cipta agama baru zaman internet ni good luck la

Quote nononcrux 9-12-2021 12:02 PM
islam tu tak susah.. yang menyusahkan tu la manusia, dan yang jadi susah tu cabar ke jalan yang benar.. semoga Allah melindungi imanku supaya tidak tersesat ke jalan yang terpesong.
Quote doubleharmonic 9-12-2021 12:10 PM
ciri kelima patut tambah: claim diri insan terpilih tuhan bukak mata?

Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 12:16 PM
Katanya Fatimah menerima wahyu selepas Nabi Mohammed S.A.W. wafat katanya
Quote chinta89 9-12-2021 01:03 PM
sohailaksa                                             
Quote Dwdrum 9-12-2021 01:08 PM
Selagi salah 1 dari semua agama yang telah wujud... tidak dapat bukti mana paling benar... Akan sentiasa ada agama baru akan wujud...
Quote novlin 9-12-2021 01:25 PM
doubleharmonic replied at 9-12-2021 12:10 PM
ciri kelima patut tambah: claim diri insan terpilih tuhan bukak mata?

lorrr... bukankah hidayah itu milik Allah...even diri kita ni pun milik Allah...tak ada 1 dlm donia ni milik kita...

Jika Dia berkehendak untuk beri hidayah pada si polan si polanah,
siapa kita untuk menafikan nya..

Quote Orenn1 9-12-2021 01:40 PM
novlin replied at 9-12-2021 01:25 PM
lorrr... bukankah hidayah itu milik Allah...even diri kita ni pun milik Allah...tak ada 1 dlm doni ...

Nenek tua penggossip tegarr si novlin mencuba utk engage dgn diskusi di ci selepass sentappp dikatakan bodoh kerana tidak pernah kelihatan memberi hujah2 bernas di bod CI selain hanya melepakk di bodd gossipppp dan menjadi pentaksobb rita royanii berkurunn lama kohkohkohhhh.
Quote novlin 9-12-2021 01:47 PM
Orenn1 replied at 9-12-2021 01:40 PM
Nenek tua penggossip tegarr si novlin mencuba utk engage dgn diskusi di ci selepass sentappp dikat ...

uols ni masih blm layak digelar pemenats tegar iols..ada je iols berkeliaran di bod2 lain...
dah uols jenis nak menempek kt CI sbb terhegeh2 mendambakan perhatian mydin..
mana nak perasan iols berkeliaran di mana...
ni uols mula nak merapatkan diri dgn iols pun sebab nak menumpang populariti iols kan?
sbb tu petnah iols konon iols masuk CI nak cari gaduh dgn uols...
sbb uols nak jadikan modal utk menaikkan nama uols...nak kan perhatian..

terharu jugaklah iols bila uols gegeh mencari2 iols diserata tmpat...
maaf bebanyak la ye... mcm iols ckp enggang sama enggang...
iols mmg tak sudi berkawan or kenal golongan kasta paria mcm uols ni...

Quote Orenn1 9-12-2021 01:50 PM
novlin replied at 9-12-2021 01:47 PM
uols ni masih blm layak digelar pemenats tegar iols..ada je iols berkeliaran di bod2 lain...
dah u ...

Adoiiiii...baca pun mcm tak mencabarrr hermmm uolss iols uols iolssss kohkohkohh uolsss kepala hotakkk ko banganggg. Adoiiii sialll thp bodohh ko ni layakk makan penamparrrr babiiii oiiii kohkohkohhh

Quote makadek 10-12-2021 12:04 AM
Udah bergado pulekkksssss
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2021 12:10 AM
Ngocok jangan tak ngocok!
Quote FOTHER-MUCKER 10-12-2021 12:23 AM
Bagilah peluang orang buat agama baru. Agama yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.
Quote FOTHER-MUCKER 11-12-2021 03:50 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-12-2021 12:09 PM
FOTHER-MUCKER replied at 9-12-2021 08:23 AM
Bagilah peluang orang buat agama baru. Agama yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

Ini pula melayu cham islam + hindu

[youtube]xFcQHYq5E3c[/youtube]
Quote nurul_akmar 11-12-2021 07:23 AM
Kekadang aku pk, org yg folo ajaran sesat ni org yg malas.. ni exclude utk org yg mencari2 agama tp slh jalan.. kenapa aku kata utk org yg malas sbb xyh solat.. solat pon niat je.. so xyh solat normal 5x sehari.. nikah pon xyh p pejabat agama.. nikah batin je.. so xyh urus2kan dokumen semua.. pastu dijanjikan syurga.. kan senang tu..
Quote silencekiller 15-1-2022 08:38 PM
dalam forum ni pun ada "Wali Qutub kaa Kutub ka apa kaa" .. dok kerja meramal & dok sampai cerita2 karut takda asas kaa bukti ka apa kaa sambil2 memaki hamun orang lain... tu pun tanda2 gila isim.. tapi masih ada ummah forum buleh percaya..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047494 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top