CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuh Cakaran, Kulit Kepala Koyak Semasa Cari Kayu Di Hutan

9-12-2021 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2150| Komen: 9

Description: Sungai Siput: Remaja Orang Asli cedera selepas diserang binatang buas dipercayai beruang ketika mencari kayu di hutan berhampiran rumahnya dekat Lasah, di sini, petang tadi.
Sungai Siput: Remaja Orang Asli cedera selepas diserang binatang buas dipercayai beruang ketika mencari kayu di hutan berhampiran rumahnya dekat Lasah, di sini.


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang tadi oleh anggota Balai Polis Lintang.

Beliau berkata, maklumat pertama diperoleh bersumberkan anggota terbabit yang kebetulan terlihat remaja lelaki itu dalam keadaan mengalami luka teruk ketika dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran.


Foto: Harian Metro

Mohd Khaizam berkata, berdasarkan penceritaan mangsa berusia 18 tahun itu, dia mendakwa diserang binatang buas.

"Keadaan mangsa luka teruk termasuk terdapat koyakan kulit daripada kesan cakaran pada kepala serta tangan namun tidak mengalami sebarang kepatahan dalaman. Mangsa mengatakan dia diserang haiwan buas namun dia sendiri pun tidak pasti haiwan apa.

"Cuma berdasarkan gambaran diberikan mangsa, kita syak mungkin ianya adalah beruang," katanya sewaktu dihubungi malam ini.

Mohd Khaizam berkata, keadaan mangsa kini stabil namun kesnya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusof Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya juga masih dalam proses mengenal pasti spesis haiwan buas yang menyerang mangsa.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan anggotanya untuk pergi ke lokasi mangsa diserang pada pagi esok untuk siasatan dan tindakan.

"Kita bimbang jika haiwan buas itu adalah harimau kumbang jika mengarahkan kakitangan Perhilitan ke sana pada malam ini juga yang sekali gus membahayakan mereka.

"Perhilitan akan siasat perkara ini. Jadi buat sementara waktu, kita minta penduduk agar berhati-hati dan jangan bersendirian ketika ke kawasan semak atau hutan kawasan itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 9-12-2021 10:43 AM
kabur pun masih ngeri juga fotonya
Quote missyL 9-12-2021 11:19 AM
Huuu. Ptt  gmbr ade disclaimer. Horror
Quote natrahn 9-12-2021 12:03 PM
Ngeri tengok lukanya..The Revenant in real life huhu
Quote keane.somewhere 9-12-2021 12:08 PM
Harimau kumbang kalau serang memang tak bagi amaran....dia duduk atas pokok.

Hati2 la siapa suka pergi hiking tu.
Quote Thunderclouds 9-12-2021 12:15 PM
Uihh..ngilu tgk
Quote Supersirap 9-12-2021 12:16 PM
Semoga cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala
Quote KamikuP 9-12-2021 03:23 PM
Kat Felda Lasah tu org ckp harimau pun ada ..ngeee
Quote whimsicalmusic 9-12-2021 04:35 PM
Terkejut sis smpai mengucap tgk gambo tu..teringat revenant..mmg ngeri kalo kena serang binatang buas
Quote Artemesiaa 9-12-2021 05:27 PM
Amat mengerikan kecederaannya tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.385099 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top