CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Remy Ishak Akui Lebih Free, Tenang Dan Terbuka Lepas Kahwin

7-12-2021 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2462| Komen: 15

Remy Ishak, 39, mengakui kehidupan berumah tangga membuatkan dirinya lebih relaks (tenang) dan terbuka dalam banyak perkara.

Ia termasuk beberapa video bersama isteri tercinta, Ezza Yusoff sebelum ini menarik perhatian netizen yang disifatkan 'sweet' dan romantis.


Foto: IG

Malah, ada beranggapan karakter Remy itu jauh berbeza ketika dia masih bujang.

"Ya ka lain, bagi saya sama saja. Cuma sekarang lebih 'free', relaks dan terbuka. Mungkin sebab faktor umur juga. Kadang bila sampai satu tahap umur rasa lebih matang, akan berasa semua perkara senang dan boleh urus.


"Macam dulu masa masih baru dalam dunia hiburan dan baru lagi dengan persekitaran kehidupan yang selalu diberi perhatian, banyak perkara kena jaga. 


Dari segi sikap, betulkah langkah ini, perlukah begini?

"Tapi, apa yang  dilalui ini bukan sebab saya kahwin, tapi lebih kepada umur dan kematangan diri. Sudah sampai satu masa kita tahu langkah kita betul dan lebih tenang," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Remy berkongsi perkara itu ketika hadir pada sesi temu bual bersama radio Buletin FM bagi filem Sangkar bersempa penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) pada 10 Disember ini.



Dalam masa sama, Remy yang berkahwin pada 21 Ogos lalu mengakui perlu bekerja lebih keras.

"Sekarang ini kerja kena lebih sebab dah tanggung orang. Dulu seorang diri, tapi sekarang sudah ada komitmen.

"Alhamdulillah, kami masih lagi berdua dan okey saja," katanya.

Berkongsi mengenai pencalonan filem Sangkar arahan Khabir Bhatia pada FFM31 ini, Remy berkata dia amat bersyukur.



"Alhamdulillah, banyak juga filem yang bagus ditayangkan pada tahun sama. Jadi dengan adanya Sangkar dan terpilih, ia satu penghormatan. Sebab pembikinan Sangkar juga sangat mencabar.

"Tapi, saya berasakan semua terbabit dan tercalon bukan calang-calang. Ini festival filem kan dan terima kasih kepada juri dan yang sudah menonton filem Sangkar," katanya.

Selain Remy, filem Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin dan Mira Filzah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 7-12-2021 05:17 PM
macam makin gemuk

happy belly
Quote cheezel 7-12-2021 05:19 PM
Muka dia kt signboard mrr2 sebijik bangla. Mesti bangla2 bangga
Quote ezacbee 7-12-2021 05:25 PM
Nampak kertu dah..
Quote buapakperut 7-12-2021 05:30 PM
Teringat heol penah berlakon JD tailor Bangla Dulu time Raya. Ada yebbi abadi berlakon. Memang mnjadik kebanglaan effortlessly
Quote dua_chzy 7-12-2021 05:31 PM
Kerjaya Remy Ishak bermula dengam melakonkan watak gei persis Danish Iskndar yang haibat dikutuk sekarang.
Quote dudaberhias 7-12-2021 06:07 PM
ok alhamdulilah la... iols happy theyols kahwin sebab remy tu pun dah nak masuk umo 40an taraf2 che ta sampai che ta yang nenek tu pun tak rela heolss ni jadi watak anaknya.. padahal che ta tu pun buka2 penutup muka dia pakai tu sekali buka rhoper nenek kebayan jugak... lain la rupa dia tu muda macam puteri gunung ledang ke apa... ni buka2 rupanya puteri gunung ledang versi hang tuah jumpa dekat atas gunung tu yang di lakonan mak adlin muka boleh tuang teh ais... masa hang tuah jumpa tu dia jumpa pgl menyamar jadi nenek kebayan... abegitu lah kejadian rhopernya macam che ta...
Quote missyL 7-12-2021 07:26 PM
dudaberhias replied at 7-12-2021 06:07 PM
ok alhamdulilah la... iols happy theyols kahwin sebab remy tu pun dah nak masuk umo 40an taraf2 che  ...

Drama indon i tgok mak n anak mcm beza sethun dua je hahahaa

Bgos pelakon indon x memilih asalkn ade job.

Btw bagos la bang remy.
Suke tgok bini bang remy cm jenis easy going
Quote Normabaru 7-12-2021 09:59 PM
Muka bini dia mcm prof muhaya versi muda sikit dlm.4series.kohkoh
Quote LadyCarefree 7-12-2021 10:07 PM
Semoga bahagia sampai ke akhirnya.
Quote OyaTonggek 7-12-2021 10:29 PM
dudaberhias replied at 7-12-2021 10:07 AM
ok alhamdulilah la... iols happy theyols kahwin sebab remy tu pun dah nak masuk umo 40an taraf2 che  ...


Quote nini_azmi 7-12-2021 11:03 PM
Iols suka layan igs ezzarl..kasut2 dia ada yg cantik, berkenan jgk tp tak berani nk beli online

Nmpk wife remy ni jenis easy going..
Quote nini_azmi 7-12-2021 11:05 PM
missyL replied at 7-12-2021 07:26 PM
Drama indon i tgok mak n anak mcm beza sethun dua je hahahaa

Bgos pelakon indon x memilih asalkn  ...

Tersama plak komen kite yg bini remy ni easy going...
Layan igs ezzarl tu, nmpk la sisi cutenya.
Maybe tak fotogenic dlm gambar je
Quote missyL 8-12-2021 08:06 AM
nini_azmi replied at 7-12-2021 11:05 PM
Tersama plak komen kite yg bini remy ni easy going...
Layan igs ezzarl tu, nmpk la sisi  ...

Kan.
I follow die lame dah kot.
X pnh i tgok die meroyan ke ape.. Even mase putus ngn remy

Actually i lg suke klo die end up ngn remy.
Tp apakn daya. Dah jodoh...
Quote missyL 8-12-2021 08:06 AM
nini_azmi replied at 7-12-2021 11:03 PM
Iols suka layan igs ezzarl..kasut2 dia ada yg cantik, berkenan jgk tp tak berani nk beli online

Nmp ...

Bole beli u.
U check la size n ukuran btol2 ngn kaki u...
Quote ladybugz 8-12-2021 08:48 AM
hmm sorry remy. knapa ye i rasa statement u ni sgt la pelik lately. why x admit je yes perkahwinan mmg merubah diri i ke lebih baik. kenapa  tak bg kredit pada isteri yg mmg support u dari dulu, terima u walau u dh reject die? entahla i rasa remy mcm ego utk mengaku yg isterinya tu adalah jodoh terbaik diri dia.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044764 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top