sumber foto : http://media.themalaysianinsider.com/ Pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia oleh Mara Incorporated (Mara Inc) dilakukan mengikut proses ditetapkan, malah ia diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, tegas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa. Annuar mengakui pembelian blok pangsapuri itu terlalu tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan. Walaupun ia melalui proses ditetapkan, Annuar berkata tidak mengetahui mengenai harga melambung (inflated price) seperti dituduh akhbar The Age yang berpangkalan di Australia itu.
Annuar juga tidak menafikan laporan akhbar tersebut sebaliknya menyifatkan ia sebagai informasi baru kepada Mara dan akan bantu siasatan mereka. Cadangan pembelian tersebut sudah melalui semua peringkat kelulusan Lembagai Pengarah Syarikat Mara Inc, Jawatankuasa Panel Pelaburan Mara, Majlis Mara, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kewangan dan seterusnya mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi. Semalam, The Age dari Australia mendedahkan Mara Inc iaitu anak syarikat Mara menawarkan harga lebih tinggi bagi memiliki bangunan Dudley International House, iaitu daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia. Akhbar tersebut juga melaporkan seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne. Annuar berkata, Mara sudah memulakan siasatan dalaman namun mengalu-alukan jika pihak berkuasa berkaitan turut serta dalam penyiasatan mereka. |
15
Bagus |
3
Marah |
23
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kelana36 replied at 25-6-2015 03:35 PM
Owh macam tu rupanya....
ADVERTISEMENT