Gara-gara impak lakonan cemerlangnya dalam drama berjudul Cukup Derita Itu, pelakon Farhan Asri terharu kerana benar-benar menjadi igauan peminat.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, bekas pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2017 itu berkata dia menerima banyak mesej daripada peminat dan mengakui terhibur setiap kali membaca ‘luahan’ perasaan yang ditinggalkan penonton kepadanya. “Salah satu mesej yang menarik perhatian saya ialah, apabila ada seorang individu memberitahu bahawa dia termimpikan saya selepas menonton drama Cukup Derita itu.
“Terhibur saya membaca komen-komen yang ditulis penonton,” kata Farhan yang membawakan watak sebagai Amirul dalam drama tersebut. Kata Farhan lagi, dia sebenarnya sangat berterima kasih kepada penerbit, Siti Rosmizah dan pengarah, Along Kamaludin kerana memberikan peluang kepadanya untuk berlakon dalam drama berkenaan. Menurut Farhan, dia tidak menyangka apabila lakonannya dalam drama itu disedari penonton meskipun hanya melakonkan watak pembantu.
|
princessmiang replied at 6-12-2021 01:07 PM
aiyoohhh muka macam lee dong wook versi alibaba
sape lah yang termimpi2 ko ni dek...cuba lagi ...
minahmanja replied at 6-12-2021 12:58 PM
yg sebelah dia tu mcm hadek2 sgt..
mclaren replied at 6-12-2021 02:11 PM
Gamabr first tu macam muka husband si Lisdawati. Macam tu pun sampai jadi igauan?
ADVERTISEMENT