CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Industri Dimonopoli Pihak-Pihak Tertentu,"-Hans Isaac Dah Tak Ingin Jadi Pelakon, Penerbit Atau Pengarah

6-12-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1731| Komen: 6

Description: Bekas pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 50, memberitahu bahawa dia sudah melepaskan keinginan untuk terus bergiat aktif di dalam industri filem mahupun drama.
Bekas pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 50, memberitahu bahawa dia sudah melepaskan keinginan untuk terus bergiat aktif di dalam industri filem mahupun drama.


Kata Hans, keputusan itu dibuat kerana dia sudah tidak nampak masa depannya sebagai pelakon, penerbit mahupun pengarah.


Foto: IG

“Tidak. Sudah tiada minat terhadap itu.

“Industri kita dimonopoli pihak-pihak tertentu. Saya sudah tidak nampak masa depan di sini. Semudah itu.

“Jadi saya pilih untuk tidak melakukannya lagi. Saya telah memilih jalan yang lain, sebagai usahawan,” katanya.




Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 1995.

Antara filem lakonannya adalah seperti Ringgit Kasorrga, Hanya Kawan, Laila Isabella, Buli dan banyak lagi.

Kata Hans, tidak semua penggiat filem dan drama menikmati kesenangan hidup lebih-lebih lagi ketika mereka bersara.



Katanya, hanya sebilangan kecil sahaja yang hidup terjamin selepas bersara manakala sejumlah besar yang lain akan terus hidup susah.

“Setiap industri ada rancangan dan jaminan ketika penggiatnya bersara pada umur-umur tertentu.



“Untuk pemain industri kreatif, itu tidak berlaku. Daripada 1,000 orang, mungkin 50 sahaja yang dapat menikmati kelebihan itu. Yang selebihnya akan terus susah sepanjang hidup mereka.

“Oleh itu, tiada gunanya kita mengejar sesuatu yang tidak menjanjikan kestabilan hidup lebih-lebih lagi selepas kita bersara nanti,” tegasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-12-2021 12:55 PM
Zaman abang mendonia dah berlalu.. Tapi mmg betul, apa abng ckp, industry ni mmg dimonopoli pihak2 tertentu... So, carik lah peluang lain pulak
Quote isbritneybich 6-12-2021 02:00 PM
so sekarang buat charity kitabudakampang la? best nya 30%
Quote missyL 6-12-2021 02:03 PM
Mcm nk jadi politicians je nie
Quote Samerosie 6-12-2021 02:04 PM
Time dia ngan geng dia monopoli dah berlalu, biar lah geng2 baru pula if not tak habis2 cerita dari si Aflin tu.
Quote ayukpingu 6-12-2021 03:05 PM
industri ni kecik je...sampai bila la nak bergantung, lagi2 waktu tenat mcm sekarang ni.  moga business survive dan maju la lepas ni
Quote AshkieLa 9-12-2021 12:19 PM
amik2 gambar2 work out ni..
teringat kat pazli onn... tiberrrr

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.275653 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top