CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farhan Asri Jadi Igauan, Peminat Sampai Termimpi-Mimpi

6-12-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1944| Komen: 14

Description: Gara-gara impak lakonan cemerlangnya dalam drama berjudul Cukup Derita Itu, pelakon Farhan Asri terharu kerana benar-benar menjadi igauan peminat.
Gara-gara impak lakonan cemerlangnya dalam drama berjudul Cukup Derita Itu, pelakon Farhan Asri terharu kerana benar-benar menjadi igauan peminat.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, bekas pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2017 itu berkata dia menerima banyak mesej daripada peminat dan mengakui terhibur setiap kali membaca ‘luahan’ perasaan yang ditinggalkan penonton kepadanya.


Foto: IG

“Salah satu mesej yang menarik perhatian saya ialah, apabila ada seorang individu memberitahu bahawa dia termimpikan saya selepas menonton drama Cukup Derita itu.

“Terhibur saya membaca komen-komen yang ditulis penonton,” kata Farhan yang membawakan watak sebagai Amirul dalam drama tersebut.



Kata Farhan lagi, dia sebenarnya sangat berterima kasih kepada penerbit, Siti Rosmizah dan pengarah, Along Kamaludin kerana memberikan peluang kepadanya untuk berlakon dalam drama berkenaan.

Menurut Farhan, dia tidak menyangka apabila lakonannya dalam drama itu disedari penonton meskipun hanya melakonkan watak pembantu.





“Alhamdulillah saya tak sangka ada juga yang nampak saya dalam drama ini. Kalau nak bandingkan watak saya kecil saja tapi saya berusaha nak jayakan watak Amirul sebab karakternya yang mencabar,” katanya.

Sekadar informasi, Farhan sebelum ini pernah berkongsi rasa hati apabila mengakui dirinya selama ini sukar untuk mendapat tawaran berlakon walaupun sudah hampir empat tahun bertapak dalam industri.




Ujar pelakon berusia 24 tahun itu, keadaan semakin membimbangkan selepas negara dilanda pandemik Covid-19 sehingga membataskan aktiviti seninya. – CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahmanja 6-12-2021 12:58 PM
yg sebelah dia tu mcm hadek2 sgt..
Quote love_warrior 6-12-2021 01:04 PM
Seriously ????
Quote princessmiang 6-12-2021 01:07 PM
aiyoohhh muka macam lee dong wook versi alibaba

sape lah yang termimpi2 ko ni dek...cuba lagi...kalau  bamtah tu yelah layaklah masuk kategori termimpi2 sampai ada yang takleh nak moveon
Quote gideoncross 6-12-2021 01:20 PM
princessmiang replied at 6-12-2021 01:07 PM
aiyoohhh muka macam lee dong wook versi alibaba

sape lah yang termimpi2 ko ni dek...cuba lagi ...

Trkekek2 iol gelak bca komen uol ni hahahaha.
Quote gideoncross 6-12-2021 01:22 PM
minahmanja replied at 6-12-2021 12:58 PM
yg sebelah dia tu mcm hadek2 sgt..

Dua2 tu mcm hadek2 dlm mta iol hahahaha.
Quote gideoncross 6-12-2021 01:23 PM
X hensem pun, biasa2 je, more into lembut puleks.
Quote electricopop 6-12-2021 01:33 PM
Ayooo.... kembar dia kelumpuk kan?
Quote Mooverine 6-12-2021 01:39 PM
Igauan.. mimpi...
nightmare
Quote missyL 6-12-2021 02:01 PM
Gayday iols berdeting tgok twinsies die

Ting ting tiing

Quote mclaren 6-12-2021 02:11 PM
Gamabr first tu macam muka husband si Lisdawati. Macam tu pun sampai jadi igauan?
Quote Parit.Hilton 6-12-2021 03:04 PM
mclaren replied at 6-12-2021 02:11 PM
Gamabr first tu macam muka husband si Lisdawati. Macam tu pun sampai jadi igauan?

hahahah iols pun nampak muka mcm si pojie laki lis

tang mana handsome nyaaaa????
Quote makadek 6-12-2021 03:05 PM
Sapew niewwwww
Quote holothurian 12-12-2021 10:09 PM
ewwwwww.. serius ah smpi bwk mimpi... taste lain machiam...
Quote miu84 12-12-2021 10:11 PM
Kesian hadek yang termimpi mimpi tu. Mungkin peminat buah jambu air agaknya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058603 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top